25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Kisah Motosikal Disebalik Penaklukan Al-Maunah Di Bukit Jenalik

- Advertisement -
- Advertisement -

Terdapat banyak cerita pelbagai versi dalam insiden penaklukan Kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalik. Ramai juga yang punyai pengalaman yang tersendiri apabila dikenangkan kembali peristiwa lalu. Kali ini, orangperak.com ingin menceritakan tentang kisah dan pengalaman dari Baharin Itam Talib yang berkaitan dengan Kumpulan Al-Maunah di Bukit Jenalik.

Masih tidak pernah luput dari ingatan Baharin Itam Talib akan peristiwa yang telah berlaku pada tarikh 2 Julai 2000. Sehingga ke hari ini, beliau masih lagi ingat tentang apa yang berlaku pada setiap detik kejadian pada waktu itu.

Menceritakan semula tentang kejadian pada hari tersebut, Baharim yang dalam perjalanan menghantar anak ke pondok bas berhampiran di Sekolah Kebangsaan Jenalik dengan menunggang motosikal Honda EX5 miliknya. Setibanya di sana, Baharim terdengar orang bercerita tentang Kumpulan Al-Maunah dan tidak lama selepas itu, seorang anggota polis datang kepadanya kerana mahu meminjam motosikal.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, anggota polis tersebut adalah Koperal R Sagadevan yang dibunuh di Bukit Jenalek. “Masa dia datang nak pinjam motosikal, saya benarkan. Motosikal itu baru lagi, baru sebulan saya pakai. Selepas anggota polis naik bukit, saya tunggu tapi tidak turun-turun pula. Saya tunggu lagi.”, kata Baharim.

Setelah terlalu lama menunggu, akhirnya Baharim telah terdengar khabar yang mungkin anggota polis yang memimjam motosikalnya tadi telah ditahan oleh Kumpulan Al-Maunah. Jadi Baharim tidak lagi menunggu dan terus pulang ke rumah dengan berjalan kaki sejauh lebih kurang 500 meter.

Kisah Motosikal Disebalik Penaklukan Al-Maunah Di Bukit Jenalik

Di sebalik pokok itulah Kumpulan Al-Maunah mendirikan markas mereka, membunuh dua lelaki dalam tempoh mereka berada di sana

Tidak lama selepas itu, Baharim terkejut apabila dapat tahu bahawa motosikal Honda EX5 miliknya dijadikan barang bukti untuk kes. Apabila selesai kes tersebut, motosikal miliknya dipulangkan semula dan selepas itu, ramailah orang kampung tertanya-tanya kepada Baharin.

Kisah Motosikal Disebalik Penaklukan Al-Maunah Di Bukit Jenalik

Baharin Itam Talib sedikit pun tidak pernah rasa kesal atau marah terbuku di hatinya apabila mengenangkan beliau terpaksa menggunakan basikal sebagai pengangkutan utama selama lebih sebulan selepas kejadian itu. Semua yang terjadi adalah kebetulan dan sudah ditakdirkan.

Kisah Motosikal Disebalik Penaklukan Al-Maunah Di Bukit Jenalik

Baharim (kanan) menunjukkan motosikal miliknya yang dipinjam anggota polis untuk naik ke Bukit Jenalik

Menurut Baharin lagi, “Saya memang tidak akan jual motosikal ini, saya dah pesan pada anak-anak juga. Kalau mereka tak mahu guna, biar tersadai pun tak mengapa tapi saya larang mereka jual. Motosikal itu sangat tinggi nilainya pada saya, memang takkan dijual. Nampak saja buruk, kotor tapi motosikal itu terlibat dalam bukan saja sejarah negara tapi sejarah dunia juga,” ujarnya.

Kredit : RBD

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here