Kubu Belanda Yang Hilang Di Pangkalan Halban

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Ramai daripada kita yang tahu akan kewujudan kubu Belanda di Pulau Pangkor dan pengkalan perdagangan Belanda di muara Sungai Dinding. Namun tidak ramai yang tahu dengan kewujudan kubu dan pengkalan Belanda yang ada di Pangkalan Halban, Tanjung Putus yang kedudukannya terletak di muara Sungai Kinta. Namun, ia telah hilang ditelan masa mengikut peredaran zaman kerana dibiarkan begitu sahaja.

    Pada tahun 1747, Sultan Perak Sultan Muzaffar Shah 3 telah menandatangani perjanjian untuk membenarkan pihak Belanda memonopoli penjualan bijih timah dan membina loji dan kubu baharu di Pengkalan Halban, Tanjung Putus bagi menggantikan kubu Belanda di Sungai Dinding.

    Kubu Belanda di Pengkalan Halban ini siap dibina pada tahun 1748 dan mempunyai kekuatan seramai 50 orang tentera dengan dilengkapi beberapa pucuk meriam.

    peta kubu belanda Pangkalan Halban

    Ibu negeri Perak ketika itu berada di Pulau Indera Sakti dan pengkalan Belanda tersebut dibina disebelah kanan tebing Sungai Perak bersebelahan dengan Pulau Indera Sakti. Setelah Melaka diserahkan kepada British melalui surat Kew pada 1795, Lord Camelford dan Leftenan Macalister berserta angkatan dari British Royal Navy mengepung Pengkalan Halban dan akhirnya pegawai Belanda di Kubu Pengkalan Halban yang bernama Christoffel Macalister menyerahkan kubu dan loji tersebut kepada pihak British.

    kubu belanda pangkor

    Pada 1880 Supritendan British Hilir Perak mengarahkan kubu tersebut dimusnahkan dan besi serta batu bata dari kubu tersebut digunakan untuk tujuan pembinaan Telok Anson Town iaitu sekarang dikenali dengan Pekan Teluk Intan.

    Pangkalan Halban, Tanjung Putus terletak di muara Sungai Kinta yang bertemu dengan Sungai Perak. Kedudukan kawasan tersebut berada ditengah-tengah antara Teluk Intan, Kampung Gajah dan tempat ini beserta Pulau Indera Sakti tidak lagi berpenghuni. Makam Sultan Perak ke 15 Sultan Iskandar Zulkarnain ada di Pulau Indera Sakti tersebut.

    Kemaskini Terbaru : Baca Kota Belanda Yang Hilang Di Teluk Intan Telah Ditemui

    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.