23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Sultan Salehuddin (Sultan Perak ke 9)

- Advertisement -
- Advertisement -

Dalam tahun 1630, Raja Kobat yang merupakan putera kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8) telah diangkat menjadi sultan negeri Perak yang ke 9.

Raja Kobat diangkat menjadi Sultan Perak ke 9 dengan gelaran Sultan Salehuddin setelah mangkat sultan negeri Perak yang sebelumnya iaitu Almarhum Sultan Mahmud Shah I (Sultan Perak ke 8).

Sewaktu dalam pemerintahan baginda sultan Perak ke 9, seluruh negeri Perak dikatakan telah dilanda satu bawak penyakit taun yang cukup dasyat. Wabak penyakit tersebut telah menyebabkan ramai rakyat di negeri Perak meninggal dunia.

Baginda dikatakan telah belayar ke negeri Kampar yang terletak di Sumatera dan telah mangkat di sana dalam tahun 1635. Almarhun Sultan Salehuddin disebut sebagai Marhum Mangkat Di Kampar.

Menurut dokumen Sejarah Masyarakat Kampar di Semenanjung dan sumbangannya membangunkan negara Malaysia yang dikeluarkan oleh Ikatan Kampar Putra Malaysia (IKMAL), hubungan antara negeri Perak dengan negeri Kampar bermula sejak dari pemerintahan Sultan Perak yang pertama berterusan sehingga zaman pemerintahan Sultan Salehuddin.

Sultan Salehuddin (Sultan Perak ke 9)

Orang-orang dari Kampar turut datang berhijrah ke negeri Perak juga turut tertulis dan mereka bertumpu di kawasan Dinding seperti Manjung serta di kawasan Beruas.

Oleh kerana kurang dokumentasi dan rujukan, tidak banyak maklumat lanjut yang boleh didapati berkenaan dengan kisah Sultan Salehuddin. Lokasi sebenar makam Sultan Salehuddin (Sultan Perak ke 9) yang ada di Kampar juga tidak diketahui.

Rujukan:

  • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 16
  • Sejarah Masyarakat Kampar di Semenanjung dan sumbangannya membangunkan negara Malaysia – Ikatan Kampar Putra Malaysia (IKMAL)
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here