Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8)

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Dalam tahun 1627, Raja Yusuf atau Raja Bongsu yang merupakan adinda kepada Almarhum Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6) telah diangkat menjadi sultan Perak yang ke 8.

    Iskandar Muda Mahkota Alam yang merupakan Sultan Acheh pada waktu itu telah mengangkat Raja Yusuf menjadi sultan Perak ke 8 untuk menggantikan Sultan Mansur Shah II.

    Baginda Raja Yusuf telah menggunakan gelaran Sultan Mahmud Shah sewaktu memegang takhta kerajaan negeri Perak dan baginda sultan Perak ke 8 ini telah memerintah negeri Perak selama 3 tahun.

    Dikatakan tempat bersemayam baginda Sultan Mahmud Shah sewaktu zaman pemerintahannya terletak di dalam kawasan Geronggong yang berdekatan dengan Kampung Gajah.

    Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8)

    Baginda Sultan Mahmud Shah telah mangkat dalam tahun 1630 dan telah dimakamkan di tepi sungai Perak, Kampong Tok Melor. Setelah hampir 300 tahun, makam baginda Sultan Mahmud Shah telah dipindahkan dari lokasi asalnya.

    Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8)

    Hal ini adalah kerana tapak lokasi asal makam Sultan Mahmud Shah terletak sangat dengan dengan Sungai Perak sehinggakan hampir jatuh ke dalam sungai. Oleh yang demikian, makam Sultan Mahmud Shah dipindahkan ke Kampong Melayu.

    Lokasi makam Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8) ini terletak dalam satu kawasan dengan makam Sultan Muhamad Shah (Sultan Perak ke 14). Ia amat mudah untuk dilawati dengan pelbagai jenis kenderaan kerana keadaan jalan bertar yang sangat baik.

    Tidak banyak maklumat yang boleh didapati berkenaan dengan kisah Sultan Mahmud Shah (Sultan Perak ke 8). Rekod penceritaan yang terhad menjadi kekangan buat generasi masa kini untuk ketahui kisah sebenar yang berlaku pada satu ketika dahulu.

    Rujukan:

    • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 15
    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.