Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Tersenyum editor orangperak.com melihat saudari Shamien A/P Seliman yang berumur 21 tahun berucap membakar semangat kepada rakan sekampungnya di perkampungan orang asli, Kampung Tumboh Hangat yang terletak di Bota, Perak pada 3 Febuari 2018 yang lalu bertempat di Makmal Infodesa Kampung Tumboh Hangat.

    Kisahnya pada hari tersebut telah berlangsung satu majlis untuk meraikan kejayaan anak orang asli ini kerana dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara di The University Of Queensland di Australia dalam ijazah sarjana muda perakaunan dengan tajaan MARA. Hal ini secara tidak langsung menjadikan beliau adalah anak orang asli pertama di Perak Tengah yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara.

    Kejayaan beliau dalam dapat tawaran pengajian dari luar negara ini telah membuktikan bahawa anak orang asli di negara kita juga mempunyai peluang yang sama seperti masyarakat luar. Lantas dengan kejayaan anak orang asli dari Bota ini secara tidak langsung boleh mengubah tanggapan negatif masyarakat luar yang sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang asli yang tinggal di kawasan pendalaman.

    Inilah hakikatnya yang berlaku hari ini yang mana ramai masyarakat kita terlalu memandang rendah akan keupayaan mereka iaitu orang-orang asli dan perkara sebegini tidak seharusnya berlaku. Kita seharusnya perlu memberi sokongan dan dorongan untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kita semua.

    Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    Shamien A/P Seliman memberi ucapan dalam majlis

    Turut hadir dalam majlis tersebut iaitu YB Dato Mohd Nasharuddin Bin Hashim selaku ADUN Bota yang sentiasa memantau perkembangan Shamien dan anak orang asli lain di kampung tersebut. Beliau ada berkata dalam ucapannya, “Kejayaan saudari Shamien ini sebenarnya dapat mendorong dan menjadi aspirasi kepada masyarakat luar sana untuk terus berjaya. Shamien dapat buktikan bahawa kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk terus berjaya!”.

    Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    YB Dato Mohd Nasharuddin kelihatan mesra bersama dengan Shamien

    Sebagai perkenalan, saudari Shamien A/P Seliman yang berusia 21 tahun adalah anak orang asli yang tinggal di Kampung Tumboh Hangat, Bota. Beliau dilahirkan pada tarikh 14 Julai 1997 di Hospital Changkat Melintang, Lambor Kanan. Beliau adalah anak yang ke 3 dari 6 orang adik beradik.

    Sekolah Rendah Suak Padi yang terletak bersebelahan dengan kampung tersebut adalah sekolah yang mana saudari Shamien dapat didikan awal. Kemudian, beliau teruskan pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menengah Seri Iskandar. Dengan berbekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan setiap tahun, Shamien berjaya menempatkan diri di MARA Ketengah International College untuk A-Level dalam perakaunan.

    Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    Sewaktu berbicara dengan saudari Shamien, beliau ada berkata teringat sewaktu zaman persekolahan dahulu yang mana ibu dan bapanya selalu janjikan hadiah jika berjaya dapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun. Jangan anda terkejut jika hadiah yang dijanjikan itu adalah wang yang bernilai RM3 sahaja.

    Walaupun hadiah wang yang bernilai hanya RM3 sahaja, namun ia cukup menggembirakan hati anak orang asli ini. Inilah perbezaan mereka masyarakat orang asli dengan kita masyarakat bandar yang cukup menghargai pemberian dari sesiapa sahaja walaupun ianya bernilai rendah. Bagi mereka, ia adalah satu penghargaan yang cukup tinggi dan rasa disayangi.

    Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    Dayang A/P Kim Sui bersama anaknya Shamien A/P Seliman

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ayah kepada Shamien bernama Seliman A/L Apoa (53 tahun) bekerja sebagai penjaga kolam ikan di Tronoh. Bapanya hanya punyai gaji sebanyak RM1,000+ sahaja untuk menyara keluarga. Ibu kepada Shamien pula yang bernama Dayang A/P Kim Sui (43 tahun) pula membantu keluarga dengan membuka warung di kampung tersebut.

    Kisah Anak Orang Asli Yang Cemerlang Di Bota

    Jadi, semoga kejayaan Shamien menjadi aspirasi buat semua golongan masyarakat diluar sana. Ingatlah semua bahawa kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk terus berjaya. Kami dari team orangperak.com selaku pengurusan kawasan Perak Tengah cukup berbangga dengan kejayaan saudari Shamien dan rasa cukup teruja untuk berkongsi kisah kejayaannya dengan masyarakat luar.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.