● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Sejarah

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

18 Mar 2019 · 2 min baca · 557 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Burung kuang adalah merupakan antara spesis burung yang paling cantik di dunia. Mungkin ramai yang tidak pernah lihat burung ini kerana ia memang sukar untuk didapati hari ini atas kerana faktor kepupusan yang sedang melanda akan nasib burung ini.

Apa yang ingin diceritakan hari ini adalah berkenaan dengan sebuah kampung yang terletak di Chemor, Perak yang mana nama kampung tersebut adalah Kampung Ulu Kuang. Lokasi kampung Ulu Kuang terletak di hujung parlimen Tambun dan berada di sempadan kawasan Sungai Siput. Disebalik nama kampung tersebut Ulu Kuang adalah diambil daripada nama burung yang paling cantik di dunia iaitu burung kuang. Satu ketika dahulu, terdapat banyak spesis burung kuang yang hidup di kawasan hulu sungai di kawasan kampung tersebut. Oleh yang demikian, nama Ulu Kuang diambil dari gabungan nama burung Kuang dengan lokasinya yang banyak di kawasan hulu sungai penempatan penduduk di sana sehinggakan sungai tersebut juga dinamakan sebagai sungai Kuang. Seperti anda pembaca setia orangperak.com sudah sedia maklum, burung kuang yang tergolong dalam spesis burung paling cantik di dunia ini dilihat nilainya kerana memiliki ekor yang panjang dan warnanya yang amat menarik.

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

Disebabkan oleh keunikannya itu, burung kuang menjadi buruan pemburu dan dijadikan makanan untuk sajian istimewa. Ada juga yang menangkap dan mengurung burung tersebut untuk tujuan membela sebagai seorang pencinta burung.

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

Antara faktor yang diperkatakan diatas adalah punca kenapa burung kuang ini semakin pupus. Tidak cukup dengan itu, habibat mereka juga turut diterokai oleh manusia untuk pembangunan. Inilah bayaran pembangunan oleh manusia yang terpaksa haiwan di hutan bayar dengan terancam dengan kepupusan.

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

Burung kuang yang merupakan haiwan berdarah panas ini sangat pemalu dan hari ini sudah tidak lagi kelihatan di kampung Ulu Kuang. Populasi semakin berkurangan sejak penerokaan dan pembangunan dan menyebabkan ia telah dikategorikan sebagai spesis burung yang terancam negara.

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

Asalnya, kampung Ulu Kuang mula diteroka sejak tahun 1916 oleh penduduk yang diketuai oleh Ngah Osman bersama-sama dengan empat pemuda melayu lain. Beliau adalah merupakan ketua kampung pertama yang berkhidmat sehingga tahun 1925 sejak kampung tersebut dibuka. Mereka berlima yang bersama-sama meneroka dan membuka penempatan di kawasan tersebut bertujuan untuk mendulang bijih timah di kawasan sungai yang terletak berhampiran sebelum kawasan tersebut menjadi tumpuan termasuk penduduk luar kerana hasil buminya.

Nama Kampung Ulu Kuang, Chemor Sempena Nama Burung Tercantik Di Dunia

Sebenarnya, anda masih berpeluang untuk melihat sendiri burung yang paling cantik di dunia ini. Jika anda berminat, bolehlah ke Taman Burung Kuang Ajil yang terletak di daerah Hulu Terengganu. Taman burung tersebut adalah merupakan taman burung yang punyai koleksi burung kuang yang paling banyak di Malaysia dan telah tersenarai dalam Malaysia Book of Records. Sumber dan rujukan:

  • Sinar Harian

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.