● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Fakta

Kilang Arang, Industri Paling Tua Di Kuala Sepetang

24 Jan 2017 · 1 min baca · 255 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Industri paling tua di Kuala Sepetang, penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar. Proses pembakaran kayu bakau di dalam dapur atau relau dibahagikan kepada tiga peringkat dan memakan masa kira-kira sebulan. Ianya bukan mudah seperti mengambil ranting kayu dan dibakar sehingga menjadi arang sepertimana kita biasa buat untuk membakar ayam dan sebagainya.

Untuk peringkat pertama dan kedua, kedua-duanya bermula dengan pembakaran api besar dan api kecil selama 20 hari sebelum dapur berbentuk iglu itu ditutup sepenuhnya selama 10 hari lagi untuk proses penyejukan. Di sepanjang tempoh itu, untuk peringkat ketiga iaitu untuk proses penyejukan merupakan masa paling kritikal dan perlu dikawal rapi bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar menjadi abu.

relau kilang arang kuala sepetang

Memasak arang bukan suatu kerja yang mudah kerana pembakaran perlu dikawal 24 jam sehari bagi memastikan tiada kebocoran pada dinding relau. Jika ada kebocoran yang tidak disedari, kayu yang ada sebanyak 10 tan di dalam relau boleh terbakar sehingga menjadi abu dan boleh mengakibatkan kerugian sehingga lebih RM10,000. Selain pembakaran di relau yang memakan masa yang panjang, kerja-kerja mengangkut kayu bakau merentasi laut dan sungai dari tapak penebangan ke kilang arang juga merupakan antara tugas yang mencabar.

kayu bakau kuala sepetang

Arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti antara yang terbaik di dunia dan mendapat sambutan tinggi di Jepun, Arab dan Korea. Selain menjadi bahan bakar, arang juga digunakan di dalam industri pembuatan barangan kosmetik, bahan pencuci, baja, ubat nyamuk dan batang cerucuk. Permintaan terhadap arang amat tinggi tetapi pengeluaran arang adalah dikawal oleh Jabatan Perhutanan Perak kerana ada had penebangan hutan bakau.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.