Asal Usul Dan Sejarah Nama Ipoh

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang.

    Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.

    Ejaan sebenar untuk pokok Ipoh ini adalah Ipuh. Mungkin sebutannya seakan-akan Ipoh, jadi ejaannya telah diubah mengikut peredaran zaman sehinggakan orang lupa akan kewujudan pokok. Pokok Ipoh adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain.

    pokok ipoh

    Nama sainsnya Antiaris toxicaria Lesch. Inilah Pokok Ipoh yang masih teguh berdiri di Ipoh Railway. Kalau ada daun pokok ni luruh, ada getah ke ape ke janganlah cuba-cuba dekatkan dengan anda. Jaga anak-anak anda bila berdekatan dengan pokok ini. Tahukah anda bahawa pokok ipoh ini adalah antara pohon yang paling beracun yang ada di Malaysia?

    Ipoh yang dinaikkan taraf bandaraya adalah diantara bandar yang terbesar di Malaysia. Ia mempunyai sejarah dan identiti yang tersendiri. Bandaraya yang lahir dari liku-liku sejarah ini telah mewujudkan pelbagai keistimewaan yang bukan sahaja menarik malahan berbeza dengan Bandar-bandar lain di Negeri Perak. Sehingga kini Ipoh terkenal dengan ‘Bandar Bunga Kertas (Bougianvilla)’, Limau Tambun dan Gua Batu Kapur.

    Bandar ini bermula dari sebuah perkampungan melayu yang wujud lebih kurang 100 tahun dahulu di tebing Sungai Kinta. Ia diapit oleh Banjaran Titiwangsa di sebelah timur dan Gunung Keledang di sebelah barat. Di samping itu juga Bandar ini dipenuhi dan dikelilingi oleh bukit-bukit batu kapur sehingga menjadikan bandar ini sebuah bandar yang unik serta berbeza dengan bandar-bandar lain di Malaysia.

    tren ipoh

    Ciri-ciri rekaan dan senibina di Ipoh seperti bangunan-bangunan yang didirikan di zaman penjajahan masih lagi kekal sebagai mercu tanda, di antaranya ialah Bangunan Stesen Keretapi, Mahkamah Tinggi, Dewan Bandaran dan bangunan-bangunan rumah kedai yang lain.

    Di samping bangunan lama, bangunan moden juga turut dibina seperti di jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Gopeng. Pada masa ini Ipoh masih lagi kekal dengan campuran bangunan-bangunan lama dan baru sehingga mewujudkan satu panorama yang menarik.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.