Kapak Genggam Paling Tua Di Dunia Dijumpai Di Lenggong

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada tahun 2009, satu penemuan paling besar dalam sejarah negara kita telah dijumpai di Lenggong, Perak. Ianya adalah satu penemuan artifak yang paling tua di dunia.

    Hal ini cukup jelas untuk membuktikan bahawa kawasan Lenggong adalah penempatan paling awal yang pernah diduduki oleh manusia sejak pada zaman purba kala lagi. Penemuan ini secara tidak lansung membuatkan Perak lebih istimewa dan mempunyai identitinya yang tersendiri dengan pelbagai ceritanya.

    Artifak yang ditemui itu adalah sebuah kapak genggam dan dijangka usianya melebihi kira-kira 1.83 juta tahun yang lalu. Ianya ditemui di Bukit Bunuh pada tahun 2009 dan artifak ini adalah merupakan sebuah alatan daripada batu yang digunakan oleh manusia untuk tujuan mengapak, memotong, memburu dan macam-macam lagi untuk kegunaan harian. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, kawasan penemuan iaitu Bukit Bunuh telah diangkat sebagai tapak arkeologi penting di Malaysia.

    lenggong

    Usaha cari gali di tapak ini sebenarnya bermula sejak pada tahun 1980 an lagi. Penemuan kian banyak ditemui bermula pada tahun 2001 apabila menemui beribu-ribu batu pelbagai jenis seperti suevite, quartzite, quartz, dan metamorphik yang semakin timbul ke permukaan hasil daripada aktiviti pertanian hari ini.

    Penemuan bukti-bukti di kompleks Paleolitik seluas 4km persegi di Bukit Bunuh ini telah menjadikannya sebagai salah sebuah tapak Paleolitik paling penting di dunia.

    Kesan daripada penemuan kapak genggam di Bukit Bunuh, Lenggong ini telah menyangkal beberapa teori yang telah lama dipertahankan. Antaranya adalah teori manusia terawal tinggal di kawasan Afrika berikutan penemuan artifak-artifak yang lama dan dikatakan manusia mula berpindah ke serata dunia sedikit demi sedikit bermula dari Afrika.

    Teori ini telah disangkal penuh oleh penemuan kapak genggam ini kerana usia kapak genggam ini lebih tua daripada penemuan artifak tinggalan manusia purba yang pernah ditemui di Afrika.

    Kapak genggam dalam batuan suevit

    Kapak genggam dalam batuan suevit yang ditemui di Lenggong

    Boleh dikatakan bahawa Lenggong adalah antara satu-satunya tapak Paleolitik dunia yang berfungsi sebagai bengkel membuat alat batu dan berterusan digunakan daripada semasa ke semasa sejak lebih 1.83 juta tahun dahulu.

    Menurut Hallam L. Movius seorang ahli arkeologi Amerika pada tahun 1948 mengatakan bahawa kawasan Asia tidak mempunyai alat batu kapak genggam serta tahap teknologi yang mundur.

    Namun, hasil daripada kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa alat batu kapak genggam dari Bukit Bunuh ini mempunyai teknologi pembuatan yang tinggi pada ketika itu kerana ia memerlukan pemilihan material yang sesuai dan direpehkan pada kedua–dua belah permukaan secara berperingkat-peringkat.

    Oleh yang demikian, secara tidak langsung kenyataan Hallam L. Movius boleh disangkal dan perspeksi ini boleh mengubah sejarah dunia yang telah dicanang-canangkan sejak dari dahulu lagi.

    Teknologi pembuatan kapak genggam yang ditemui di Bukit Bunuh adalah tinggi dan setanding dengan alat kapak genggam di kawasan lain yang pernah ditemui dari segi cara pembuatan alat pada zaman dahulu kala berjuta-juta tahun dahulu.

    Kapak genggam dikenalpasti melalui kriteria-kriteria repihan dan tetakan yang tertentu pada permukaan kapak genggam tersebut. Pada zaman kita sekarang, kapak genggam dijadikan sebagai kayu ukur untuk mengetahui tahap pengetahuan masyarakat zaman purbakala.

    Kapak genggam juga pernah ditemui di Liang Bau, Indonesia dan Arubu, Filipina. Namun, penemuan kapak genggam di kawasan asia tenggara masih lagi tidak dapat diterima sepenuhnya oleh pengkaji di barat kerana atas faktor perkembangan manusia yang tidak seimbang untuk kawasan di Asia.

    Kapak genggam

    Rujukan dan olahan dari Lembah Mansuli, Lahad Datu, Sabah dalam Prasejarah Asia Tenggara tulisan Jeffrey Abdullah.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.