● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Berita

Labi Labi Raksasa Di Kampung Sungai Terap, Batu Gajah

27 Feb 2017 · 1 min baca · 504 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Labi-labi merupakan salah seekor haiwan yang tergolong dalam kumpulan haiwan reptilia seperti penyu, kura-kura dan tuntung yang mampu hidup di kawasan air mahupun tebing darat sungai. Ahli dalam keluarga ini terdapat banyak di negara Afrika, Asia, Amerika Utara, dan Asia Tenggara yang termasuklah di Malaysia. Labi-labi semestinya menjadi salah satu makanan kegemaran bagi sesetengah penduduk kaum Dayak dan sesetengah kaum cina semenjak dari dahulu lagi.

Baru-baru ini berlaku, anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seekor labi-labi raksasa yang mempunyai saiz yang agak besar dengan mempunyai berat sehingga 80 kilogram. Dipercayai labi-labi ini terjatuh ke dalam longkang dan tersangkut disitu tidak boleh kemana-mana kerana saiznya yang terlalu besar yang telah menyukarkan ia bergerak. Labi-labi raksasa ini ditemui di Kampung Sungai Terap yang terletak di Batu Gajah.

labi labi gergasi di batu gajah

Pihak bomba yang dihubungi dan dimaklumkan oleh penduduk berkenaan dengan labi-labi gergasi tersebut pada jam lebih kurang 10 pagi. Labi-labi raksasa bersaiz gergasi yang malang itu terjatuh dan tersepit di dalam longkang yang mempunyai kedalaman 0.6 meter. Oleh kerana saiznya yang terlalu besar dan terlalu berat, seramai lima hingga lapan orang anggota bomba terpaksa bersama-sama mengangkat labi-labi yang besar itu untuk naik keluar ke tebing longkang dengan menggunakan tali. Selama kira-kira 30 minit pihak bomba berusaha untuk mengangkat labi-labi tersebut. Labi-labi yang besar itu telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara iaitu Perhilitan untuk tindakan lanjut dan akan dilepaskan semula ke habitat asalnya. Untuk makluman anda, harga pasaran labi-labi boleh mencecah sehingga lebih RM2,000 berdasarkan beratnya jika mengikut harga pasaran.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.