Pasar Malam Paling Besar Dalam Sejarah Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Malaysia cukup terkenal dengan pasar malam yang menjual pelbagai jenis barangan dari keperluan peribadi sehinggalah keperluan keluarga. Sebut sahaja apa yang anda inginkan, pasti akan jumpa di pasar malam bahkan mungkin anda akan jumpa barang yang pelik dijual disana.

    Hari ini orangperak.com ingin kongsikan satu berita baik buat semua peminat pasar malam di seluruh negeri Perak khususnya buat mereka yang tinggal di sekitar kawasan Ipoh. Untuk makluman anda, sebuah pasar malam yang paling besar dalam sejarah negeri Perak akan dibuka dengan lebih daripada 1,000 gerai jualan.

    Pasar Malam Paling Besar Dalam Sejarah Perak

    Pasar malam tersebut dikenali dengan nama Ipoh Walk Night Bazaar yang mana ia akan dibuka secara rasmi pada 8 Disember 2017 akan datang. Lokasinya adalah terletak di hadapan AEON Kinta City dan Tesco Ipoh. Jika anda berkesempatan, moh lah ke sana nanti!

    Pasar Malam Paling Besar Dalam Sejarah Perak

    Tujuan Ipoh Walk Night Bazaar secara besar-besaran adalah sebagai sebuah pusat membeli-belah yang dibuka khas untuk menyediakan produk dan perkhidmatan. Secara tidak langsung, pasar malam paling besar di Perak dengan berkeluasan 69,000 kaki persegi ini mampu untuk menjadi salah satu produk pelancongan baru buat negeri Perak.

    Pasar Malam Paling Besar Dalam Sejarah Perak

    Dengan keluasan 69,000 kaki persegi, Ipoh Walk Night Bazaar mampu memuatkan lebih 1,000 kanopi untuk penjual ditempatkan supaya dapat menjual barangan mereka dalam pasar malam tersebut. Selain itu, ia dapat membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dalam menjana ekonomi mereka.

    Pasar Malam Paling Besar Dalam Sejarah Perak

    Jangan anda tidak tahu, apa yang amat menarik di pasar malam paling besar di Perak ini nanti akan ada disediakannya kemudahan surau, cctv, medan selera, tandas dan apa yang paling penting terdapat wifi internet percuma di seluruh kawasan yang berkeluasan 69,000 kaki persegi tersebut.

    • Tarikh Dibuka Secara Rasmi : 8 Disember 2017
    • Lokasi : Hadapan AEON Kinta City dan Tesco Ipoh

    Simpan tarikh ini, kita semua jumpa di sana nanti!

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.