27 C
Ipoh
Sunday, 19 May 2024

Kilang Kicap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Kicap Tamin cukup terkenal di Malaysia oleh seluruh golongan masyarakat dalam negara kita. Untuk makluman, Tuan Haji Mohd Tamin adalah pengasas kepada kilang kicap Tamin.

Pengasas Kilang Kicap Tamin

Pada tahun 1951, Tuan Haji Mohd Tamin telah berjaya menemui ramuan untuk menghasilkan kicap yang berkualiti dan sedap! Asalnya, perniagaan kilang kicap Tamin bermula secara kecil-kecilan di Batu Gajah, Perak.

Kilang Kicap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah

Tuan Haji Mohd Tamin yang merupakan pengasas kepada kicap cap Tamin telah memulakan perniagaan beliau dengan hanya bermodalkan RM10 sahaja. Ianya sudah pasti dapat buatkan orang-orang di Batu Gajah rasa bangga dengan tokoh hebat ini.

Kilang Kicap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah

Sewaktu Tuan Haji Mohd Tamin mula berniaga, beliau berbekalkan semangat dan keazaman yang kental dan tinggi. Berkat usaha beliau telah membuatkan beliau berjaya menghasilkan kira-kira 700 botol kicap dalam masa satu hari dengan bantuan ahli keluarganya sendiri.

Dengan kapasiti pengeluaran yang begitu kecil pada waktu itu, menjadi fokus utama adalah aspek kebersihan, kualiti dan rasa tidak terjejas. Proses pemilihan dan campuran ramuan seperti kacang soya, tepung gandum dan sebagainya dilakukan dengan teliti untuk memastikan kualiti kicap sentiasa sedap dan terjamin.

Kilang Kicap Tamin Dilahirkan Di Batu Gajah

Setelah setahun berniaga secara kecil-kecilan, permintaan terhadap kicap cap Tamin melampaui jangkaan. Kicap cap Tamin semakin dikenali di kalangan suri rumah dan komuniti sekitar kampung.

Ramai golongan muda dari kampung yang berhijrah ke kawasan bandar akan membawa bersama kicap cap Tamin bersama dan secara tidak langsung mereka inilah yang memperkenalkan kicap yang enak dan menyelerakan ini kepada penduduk di bandar.

Permintaan Kicap Tamin

Demi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat pada waktu itu, Tuan Haji Mohd Tamin terus mengambil peluang dengan membuka langkah untuk meningkatkan pengeluaran kepada 3,500 botol sehari.

Mendirikan Kilang Baru

Permintaan terhadap kicap cap Tamin yang semakin hari makin meningkat itu telah menjadi dorongan kepada Tuan Haji Mohd Tamin untuk terus mendirikan sebuah kilang kicap tamin di Enggor yang terletak tidak jauh dari Bandar Diraja negeri Perak di Kuala Kangsar.

Semakin ramai pekerja diambil untuk meningkatkan pengeluaran sehingga 9,000 botol dalam masa satu hari. Hari ini, Kicap cap Tamin boleh didapati di seluruh Semenanjung Malaysia.

- Advertisement - Advertisement
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here