25 C
Ipoh
Thursday, 24 April 2025

DYTM Raja Muda Perak Berkenan Hadir Berbuka Puasa Di Masjid Kampung Kuchai Lambor Kiri

- Advertisement -
- Advertisement -

DYTM Raja Muda Perak Berkenan Hadir Berbuka Puasa Di Masjid Kampung Kuchai Lambor Kiri

Alhamdullilah Syukur ke hadrat ilahi pada 24 Mac 2025 bersamaan 23 Ramadhan 1446 Hijrah, buat julung kalinya dalam sejarah, Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri yang usianya menjangkau 33 tahun pembinaannya dipilih sebagai tuan rumah untuk Majlis Berbuka Puasa Daerah Perak Tengah bagi tahun 1446H/2025 Bersama Dengan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa.

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa menandatangani buku pelawat Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri Sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Perak Tengah 1446H/2025M

DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama dengan rakyat yang diadakan di Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri, Bota, Parit. Kehadiran baginda ini bukan sekadar memeriahkan majlis, malah menzahirkan hubungan yang erat di antara raja dan rakyat, serta menggambarkan keprihatinan baginda terhadap keperluan umat Islam di negeri Perak.

Keberangkatan tiba baginda ke majlis disambut oleh YB Encik Khairudin Bin Abu Hanipah, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, yang mewakili YAB Dato’ Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak.

Sdr Nazrin Suhaimi, mewakili Team Orang Perak yang juga merangkap Ahli Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri Bersama Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Pegawai Daerah Perak Tengah dan Pengerusi Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri Bergambar Kenangan Bersama Dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri Perak

Turut hadir sama menyambut keberangkatan baginda ke Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri, ialah YB.Dr Najihatussalehah Binti Ahmad, ADUN Bota bersama YDH Toh Maharaja Indera Dr.Haji Khairil Anuar Bin Haji Arshad, Orang Besar Jajahan Perak Tengah dan YBrs Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak Tengah serta YDH Supt Tuan. Hafezul Helmi Bin Hamzah, Ketua Polis Daerah Perak Tengah dan En.Mohd Norfakhiruddin Bin Ismail, Penghulu Mukim Lambor bersama dengan Tn.Haji Mohd Ros Bin Haji Mohd Noor, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri dan ahli jawatankuasa Masjid Baru Kampung Kuchai. yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran majlis.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran tetamu-tetamu kehormat, YABhg. Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara), Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, YB Dato Mohammad Zahir bin Dato Abdul Khalid, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, YB Dato Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, YB Dato Azmir Shah Bin Zainal Abidin, Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato Mohd Zaki bin Mahyudin, Pegawai Kewangan Negeri Perak, YBhg. Dato Harith Fadzilah Bin Abdul Halim, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) bersama ketua-ketua jabatan negeri

Jawatankuasa Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri Bergambar Kenangan Bersama Dengan DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa Sempena Majlis Berbuka Puasa Daerah Perak Tengah Bagi Tahun 1446H/2025M

Majlis Berbuka Puasa ini merupakan simbolik perpaduan dan kesatuan diantara raja dan rakyat. Seramai kira-kira 700 hadirin termasuk pegawai-pegawai kerajaan, ketua-ketua jabatan daerah Perak Tengah dan masyarakat setempat pelbagai lapisan, termasuk golongan dewasa, warga emas, dan kanak-kanak, hadir memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini yang akan sentiasa dikenang dan diingati oleh qariah setempat, terciptanya lembaran sejarah baru, buat julung kalinya DTYM Raja Muda Perak Darul Ridzuan berkenan mencemar duli ke Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri berbuka puasa bersama dengan rakyat jelata.

Sdr Nazrin Suhaimi mewakili Team Orang Perak Bergambar Kenangan Bersama Dengan Tulang Belakang Disebalik Tadbir yang menjayakan Majlis Berbuka Puasa Bersama DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Tn.Mohd Zaki Bin Abdul Rahman, Pegawai Daerah Perak dan YDH Supt Tn.Hazeful Helmi Bin Hamzah,Ketua Polis Daerah Perak Tengah

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Ustaz Haji Khairul Anuar Bin Mat Isa, Pegawai Tadbir Agama Daerah Perak Tengah. DYTM Raja Muda Perak kemudiannya berkenan berbuka puasa bersama hadirin sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimankan oleh Ustaz Ibnu Abbas Bin Azizuddin, Imam Utama Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar dan disusuli dengan majlis santapan, diikuti dengan solat Isyak, solat terawih dan moreh sebelum berangkat pulang.

Salah seorang daripada Team Orang Perak yang juga merupakan ahli jawatankuasa Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri turut hadir pada acara berbuka puasa ini semalam. Semoga Masjid Baru Kampung Kuchai Lambor Kiri ini terus mekar menjadi tempat bersinarnya syiar Islam di negeri Perak ini.

Sdr Nazrin Suhaimi bersama dgn Cikgu Saiful Rezal mewakili Team Orang Perak Bergambar Kenangan Bersama Dengan YM Raja Kamar Azhar @ Engku Kem, Anakanda Almarhum Raja Muda Ahmed Siffuddin Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah
- Advertisement -
Nazrin Suhaimi
Nazrin Suhaimi
aktivis belia , politik & pencinta sejarah
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here