● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Fakta

Pokok Getah Pertama di Malaysia

01 Apr 2019 · 2 min baca · 559 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pokok getah pertama di Malaysia ditanam di Kuala Kangsar adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi. Diceritakan bagaimana pokok getah sampai ke tanah Melayu pada ketika itu.

Sejarah Pokok Getah Pertama di Malaysia

Pada tahun 1877, pokok getah pertama di Malaysia (Hevea Brasiliensis) telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton yang merupakan seorang penguasa Botanical Gardens di Singapura.

Pokok Getah Pertama di Malaysia

Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Sir Hugh Low yang merupakan Residen British Perak pada ketika itu.

Pokok Getah Pertama di Malaysia

Bagaimana Getah Sampai ke Negara

Bagaimana getah sampai ke negara kita? Bekalan biji yang pertama sekali sampai ke asia tenggara pada ketika itu cuma sebanyak 50 biji benih yang berasal dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura. Tetapi disebabkan oleh kelewatan di Dermaga, usaha penghantaran ini telah gagal.

Bekalan kedua pula diberi dengan sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar, Perak.

Selepas lebih satu abad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, tidak bernilai, kini ia telah menjadi antara sumber ekonomi yang penting di dalam negara kita.

Pokok Getah Pertama di Malaysia

Ladang Getah Mula Ditubuhkan

Pada tahun 1898, ladang getah terus ditubuhkan di Tanah Melayu dan Estet getah pertama telah dibangunkan di Melaka pada tahun 1902 atau 1903. Selepas itu keluasan penanaman getah terus berkembang hingga mencapai kemuncaknya iaitu seluas 2.06 juta hektar pada tahun 1979. Pengeluaran paling tinggi yang pernah dicapai oleh negara ialah sebanyak 1.66 juta metrik tan iaitu pada tahun 1988.

Pokok Getah Pertama di Malaysia

Fakta menarik untuk anda, pokok getah berasal dari negara Brazil dan ditemui oleh Christopher Columbus yang merupakan seorang ahli pelayaran Sepanyol.

Beliau adalah orang pertama yang menjumpai getah di Brazil pada tahun 1473 dan beliau telah membawa balik ke Eropah untuk dikaji kegunaannya. Pokok getah pertama di Malaysia ditanam di Kuala Kangsar ini masih gah berdiri dan secara tidak lansung memegang rekod pokok getah paling tua di Malaysia (Pokok getah pertama di Malaysia).

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.