● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Pokok Ipoh Yang Tumbang Telah Ditanam Semula

27 Feb 2018 · 1 min baca · 688 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kita semua sudah sedia maklum bahawa nama bandaraya Ipoh sebenarnya berasal daripada nama sepohon pokok yang mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu dikatakan banyak kegunaannya dan ianya telah digunakan secara meluas oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang.

Getah pokok Ipoh yang beracun akan disalutkan pada mata sumpit yang mana bertujuan untuk memburu dan juga mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan makanan apabila digunakan untuk memburu, bahagian daging pada haiwan buruan akan dipotong dan dibuang. Berbalik pada berita yang ingin diceritakan hari ini adalah berkenaan dengan kesinambungan tentang pokok Ipoh yang telah tumbang pada tarikh 28 April 2017 yang lalu. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pokok Ipoh yang telah tumbang itu telah ditanam oleh Menteri Besar Perak yang ketujuh iaitu Datuk Sri Wan Mohamed Wan Teh pada 18 Januari 1980 sempena ulang tahun ke 50 Kelab Rotary Ipoh.

Pokok Ipoh Yang Tumbang Ditanam Semula

Setelah 37 tahun gagah berdiri teguh di hadapan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh, akhirnya ia tumbang setelah hujan turun dengan lebat dan dicampurkan dengan angin yang kencang. Oleh kerana pokok Ipoh ini penting sebagai simbolik kepada nama Ipoh, pihak pewajib telah mengambil langkah dengan menanamnya semula untuk generasi yang akan datang.

Pokok Ipoh Yang Tumbang Ditanam Semula

Pada tarikh 21 Febuari 2018, anak pokok Ipoh telah ditanam semula di lokasi yang sama dengan pokok Ipoh yang asal ditanam pada 18 Januari 1980 dahulu iaitu di Dataran Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Ipoh.

Pokok Ipoh Yang Tumbang Ditanam Semula

Penanaman semula pokok Ipoh tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak yang ke 11 iaitu Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir. Peristiwa penanaman semula pokok Ipoh ini amat penting kerana ia punyai nilai sejarah kepada negeri Perak dan menjadi lambang kepada bandaraya Ipoh.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.