25.1 C
Ipoh
Saturday, 12 October 2024

Senarai Lokasi Terkini AES di Perak Dan Seluruh Malaysia

- Advertisement -
- Advertisement -

Sistem Penguatkuasaan Automatik atau lebih dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES) adalah sistem penguatkuasaan keselamatan jalanraya yang beroperasi sepanjang masa secara automatik. Bila kamera tersebut berkelip waktu anda sedang melaluinya, siap siaga di akhir bulan untuk menerima surat saman daripada JPJ dan jangan bazirkan wang gaji anda kerana anda perlu membayar saman sehingga RM300 kerana melanggar peraturan had laju jalan raya.

AES dapat mengesan dan merakam kesalahan trafik secara automatik menggunakan sensor dan kamera yang dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan dan saman akan dikeluarkan secara automatik dan dihantar terus kepada pesalahlaku seperti melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat.

  • L/ISYARAT KG PISANG (Batu Gajah)
  • KM 26 JALAN IPOH KUALA KANGSAR (Sungai Siput)
  • KM 14 JALAN IPOH – LUMUT (Batu Gajah)
  • KM 122 JALAN IPOH-BUTTERWORTH (Kerian)
  • KM 19 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR (Kampar)
  • L/ISYARAT JALAN TAMBUN, BANDAR BARU TAMBUN (Ipoh)
  • KM 75.9 JALAN IPOH-BUTTERWORTH (Taiping)
  • KM 16.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR (Kampar)
  • JALAN PASIR PUTIH (Ipoh)
  • KM 56.6 JALAN IPOH KUALA LUMPUR (Tapah)
  • BATU 2 1/2 JLN SIMPANG,TAIPING (DEPAN BP) (Taiping)
  • KM 29.5 JALAN IPOH-KUALA LUMPUR (Kampar)
  • KM 109 JALAN IPOH-BUTTERWORTH (Kerian)
  • KM 96.5 JALAN IPOH-BUTTERWORTH (Kerian)
  • BATU 6 LEKIR (Manjung)
  • L/ISYARAT KAMPUNG SITIAWAN (Manjung)
  • L/ISYARAT SUNGAI RUMPUT KPG ACHEH (Manjung)
  • JLN BESAR TG. MALIM (Slim River)
  • L/ISYARAT KM 5.6 JALAN TAIPING-SELAMA (Taiping)
  • KM 17.5 JALAN TEPI SUNGAI, HUTAN MELINTANG (Hilir Perak)
  • JALAN IPOH – LUMUT (MENGLEMBU) (Ipoh)
  • JALAN LAHAT/SIMPANG PULAI (SK PKLN PEGOH) (Ipoh)
  • JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (IGB) (Ipoh)
  • JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN (KANTHAN BARU) (Ipoh)
  • JALAN KUALA KANGSAR(L/ISYARAT YAMAHA) (Ipoh)
  • L/ISYARAT JLN TUNKU ABD RAHMAN(KLEBANG RESTU) (Ipoh)

Klik sini untuk muat turun senarai penuh lokasi lain seluruh Malaysia.

Semoga lepas ini dengan wujudnya AES ini, kemalangan dapat dikurangkan dan semua pemandu dapat sampai ke destinasi dengan selamatnya dan berjumpa dengan orang yang tersayang.

- Advertisement -
Sakirin Haji Muhamed
Sakirin Haji Muhamed
Seorang insan yang dikurniakan paras rupa "Pan Asia" untuk terus hidup di alam fana yang penuh dengan pancaroba. Namun terus membawa semangat seorang pejuang yang tidak pernah putus asa untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Setakat bertutur dan menulis dalam "Bahasa Melayu" itu adalah "makanan" bagi seorang insan yang bernama Sakirin Haji Muhamed. Tidak dilupakan juga, "You'll Never Walk Alone" tetap dihati. Adioss!!
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here