Kesultanan Perak, Keturunan Kerajaan Paling Tua Dalam Negeri Melayu

Kami tahu bahawa semua sudah sedia maklum yang kesultanan kerajaan melayu negeri Perak ialah berasal dari salah satu keturunan kerajaan yang paling tua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu. Sepertimana kita semua sedia maklum, sultan Perak berketurunan daripada salasilah kesultanan melayu Melaka.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan adalah merupakan raja pemerintah untuk kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan serta merangkap sebagai ketua negeri serta ketua agama Islam di negeri Perak.

Apabila kesultanan melayu Melaka jatuh akibat daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Almarhum Sultan Mahmud Shah punyai tiga orang putera iaitu Raja Ali, Raja Muzaffa dan Raja Ahmad.

Anakanda putera yang sulung adalah Raja Ali yang mana baginda telah mendirikan kesultanan melayu Johor (kesultanan Johor lama), manakala anakanda yang kedua pula diangkat menjadi pemerintah di negeri Perak. Anda boleh ikuti kisah dan penceritaan yang lebih mendalam dalam artikel Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama.

Dengan terbunuhnya raja pemerintah Kesultanan Johor Lama iaitu Sultan Mahmud oleh Bendahara Abdul Jalil pada tahun 1699, maka berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak. Berikut adalah Salasilah Sultan Perak yang pernah memerintah negeri Perak.

Sultan Perak, Berketurunan Kerajaan Paling Tua Dalam Negeri Melayu

Daulat tuanku Sultan Perak. Teruskanlah berjasa menjaga negeri Perak yang aman damai ini. Sesungguhnya rakyat di negeri Perak semuanya sayangkan tuanku. Semoga tuanku sentiasa sihat dan dipanjangkan usia untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

3 COMMENTS

  1. Terima kasih atas menyediakan salasilah ini …. tetapi tuanku Sultan Perak yg sebener kini bukan dari Kesultanan Melayu Melaka, dan keturunan kesultanan melayu melaka yang sebenar sdg menetap di Taiping, Perak dan dihalang daripada di naikkn takhta olah perjanjian British .

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

− 4 = 2