● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Sejarah

Kesultanan Perak, Keturunan Kerajaan Paling Tua Dalam Negeri Melayu

19 Nov 2017 · 1 min baca · 828 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Kami tahu bahawa semua sudah sedia maklum yang kesultanan kerajaan melayu negeri Perak ialah berasal dari salah satu keturunan kerajaan yang paling tua dalam kalangan Negeri-Negeri Melayu. Sepertimana kita semua sedia maklum, sultan Perak berketurunan daripada salasilah kesultanan melayu Melaka.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan, Yang di-Pertuan dan Raja Pemerintah bagi jajahan takluk negeri Perak Darul Ridzuan adalah merupakan raja pemerintah untuk kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan serta merangkap sebagai ketua negeri serta ketua agama Islam di negeri Perak. Apabila kesultanan melayu Melaka jatuh akibat daripada serangan Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud Shah telah berundur ke Kampar dan mangkat di sana pada tahun 1528. Baginda Almarhum Sultan Mahmud Shah punyai tiga orang putera iaitu Raja Ali, Raja Muzaffa dan Raja Ahmad. Anakanda putera yang sulung adalah Raja Ali yang mana baginda telah mendirikan kesultanan melayu Johor (kesultanan Johor lama), manakala anakanda yang kedua pula diangkat menjadi pemerintah di negeri Perak. Anda boleh ikuti kisah dan penceritaan yang lebih mendalam dalam artikel

Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama

. Dengan terbunuhnya raja pemerintah Kesultanan Johor Lama iaitu Sultan Mahmud oleh Bendahara Abdul Jalil pada tahun 1699, maka berakhirlah pemerintahan waris-waris Kesultanan Melayu Melaka di negeri-negeri Melayu melainkan di negeri Perak. Berikut adalah Salasilah Sultan Perak yang pernah memerintah negeri Perak.

Sultan Perak, Berketurunan Kerajaan Paling Tua Dalam Negeri Melayu

Daulat tuanku Sultan Perak. Teruskanlah berjasa menjaga negeri Perak yang aman damai ini. Sesungguhnya rakyat di negeri Perak semuanya sayangkan tuanku. Semoga tuanku sentiasa sihat dan dipanjangkan usia untuk memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (3)

mohd taib bin mohd said
05 Dec 2018 12:30
Terima kasih kerana menyediakan tapakyang mudah buat saya mempelajari serba sedikit mengenai Kesultanan Perak
Amir Hamidi
17 Dec 2018 16:25
Mohon Salasilah Sultan Perak dikemas kini dengan maklumat Raja Kecil Tengah dan Raja Kecil Bongsu terkini.
Puteri Nur Syafiqah
01 Jan 2019 09:09
Terima kasih atas menyediakan salasilah ini .... tetapi tuanku Sultan Perak yg sebener kini bukan dari Kesultanan Melayu Melaka, dan keturunan kesultanan melayu melaka yang sebenar sdg menetap di Taiping, Perak dan dihalang daripada di naikkn takhta olah perjanjian British .

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.