● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:56
Syuruk
07:01
Zohor
13:08
Asar
16:20
Maghrib
19:08
Isyak
20:17
Sejarah

Sejarah Bukit Larut

04 Feb 2017 · 1 min baca · 152 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Bukit Larut merupakan antara salah satu kawasan reakreasi Tanah Tinggi di negeri Perak. Bukit Larut atau nama lain buatnya adalah Bukit Maxwell dinamakan sempena residen British pada ketika itu yang bernama George Maxwell pada tahun 1880.

Suhu pada waktu siang adalah antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam. Perjalanan ke atas Bukit Larut boleh mengambil masa selama 30 minit dengan melalui jalan sempit dan melalui 72 selekoh berliku tajam dilereng bukit. Pada asalnya, bukit ini digunakan sebagai tempat untuk berehat buat pegawai-pegawai British di Malaya yang ingin melarikan diri dari kepanasan cuaca tropika pada zaman itu.

George Maxwell

Oleh kerana akses untuk jalan ke puncak cukup sukar dan tidak berturap dengan jalan tar, jadi mereka yang ingin ke puncak perlu berjalan kaki merentas hutan sejauh 13 km atau menunggang kuda padi ataupun menaiki tandu yang diusung.

peta bukit larut

Untuk makluman anda, Bukit Larut adalah antara kawasan yang paling lembap di Malaysia. Hampir setiap hari waktu petang, hujan bukit akan turun di kawasan ini. Apabila Jepun mengambil alih pemerintahan dan menjadikan Taiping sebagai pusat pemerintahan untuk Perak dan Indonesia, Jepun telah mengerah buruh paksa untuk menyiapkan jalan ke puncak bukit Larut. Jalan yang ada sekarang adalah merupakan hasil peluh tawanan perang serta orang tempatan yang dikerah menyiapkannya dari kaki bukit sehinggalah ke puncak bukit.

fakta bukit larut

Setelah British mengambil semula Bukit Larut, kegiatan pertanian seperti tanaman strawberi, teh dan bunga telah dijalankan. Ada kebun teh yang dibina pada tahun 1887 dengan kos RM3,600.00 untuk kegunaan pegawai-pegawai British. Pada asalnya kawasan ini terdapat ladang teh Assam, kemudian dipindahkan ke Cameron Highlands. Banyak projek tanaman gagal dan hasrat ini diteruskan di Cameron Highlands. Pada tahun 2009, terdapat juga percubaan untuk menanam bunga tulip di sini tetapi ianya gagal dan ladang ini ditutup pada tahun 2012.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.