OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Nostalgia Terminal Bas Medan Kidd Di Ipoh

24 Jan 2019 · 2 min baca · 14 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Ianya sudah pasti dapat membangkitkan kembali memori lama untuk sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negeri Perak apabila kita bercerita kembali tentang terminal bas Medan Kidd di Ipoh yang beroperasi sejak dahulu lagi.

Ianya sudah pasti dapat membangkitkan kembali memori lama untuk sesiapa sahaja yang pernah tinggal di negeri Perak apabila kita bercerita kembali tentang terminal bas Medan Kidd di Ipoh yang beroperasi sejak dahulu lagi.

Terminal Bas Medan Kidd adalah antara terminal bas yang terawal di Ipoh pada satu ketika dahulu sejak ianya dibuka kepada orang awam. Sesiapa sahaja yang ke Ipoh dengan menggunakan bas awam, sudah pasti pernah menjejakkan kaki di terminal bas Medan Kidd ini. Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com , terminal bas Medan Kidd ini telah dibuka pada umum untuk orang awam sejak pada tahun 1938 lagi.

Terminal Bas Medan Kidd

Lokasinya adalah terletak di Jalan Tun Abdul Razak. Apa yang mungkin anda tidak tahu, nama Jalan Tun Abdul Razak sebelum ini adalah Kidd Road Station yang mana dinamakan untuk menggantikan nama asal iaitu Hill Street. Kidd Road Station diambil sempena nama seorang pegawai British.

George Montgomery Kidd

Major George Montgomery Kidd adalah nama kepada seorang pegawai British yang dimaksudkan. Terminal bas ini dinamakan sempena nama Major George Montgomery Kidd adalah kerana ingin mengelakkan kekeliruan tentang wujudnya sebuah terminal bas lain di Jalan Tanjung Rambutan di Ipoh. Jadi, nama terminal bas ini dinamakan sempena nama Major George Montgomery Kidd kerana ianya dekat dengan penjuru jalan Kidd Road Station pada ketika itu sebelum ia bertukar nama ke Jalan Tun Abdul Razak.

Terminal Bas Medan Kidd

Pada peringkat awal pembukaan terminat bas Medan Kidd ini sebagai terminal bas utama di Ipoh, ianya dibina daripada papan dan kayu sahaja tidak seperti sekarang ini. Untuk makluman anda, pada tahun 1960, barulah bangunan batu dibangunkan dan didirikan untuk dinaik taraf dari keadaan asalnya. Apa yang anda dapat lihat hari ini, itulah dia bangunan batu yang kekal sejak ia dinaik taraf pada tahun 1960 itu.

bas general

Syarikat bas yang pertama sekali beroperasi di termina bas Medan Kidd adalah Red Buses dan Green Buses atau lebih dikenali dengan nama Bas General. Dalam tahun 1960 sewaktu projek naik taraf terminal bas Medan Kidd selesai, muncul pula syarikat-syarikat baru seperti Ipoh Omnibus Co, Kinta Omnibus Co, General Omnibus dan Reliance Co. Hari ini, apa yang kita dapat lihat Perak Transit dan

Rapid

adalah tunjak kepada operasi pengangkutan bas awam di Perak.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.