29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Sejarah Rumah Kediaman Menteri Besar Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Superti yang diketahui, kediaman rasmi Menteri Besar negeri Perak terletak berdekatan dengan bulatan Sultan Yusuf. Rumah tersebut dibina pada tahun 1962 dan ia telah siap pada tahun 1963.

Lokasinya terletak tidak jauh dari beberapa baris bangunan baru yang menempatkan pusat perniagaan, hotel lima bintang serta pejabat Sultan Perak.

Untuk makluman anda, pada asalnya kediaman rasmi Menteri Besar negeri Perak ini telah dibangunkan di atas tanah seluas tiga ekar sebelum merdeka lagi. Ia pada asalnya dibina dengan bangunan kayu dua tingkat yang bertiangkan batu tidak sama seperti yang kita dapat lihat hari ini.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali selaku Menteri Besar negeri Perak yang ke 9 pernah mendiami kediaman tersebut sewaktu bapanya iaitu Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi menjadi menteri besar negeri Perak yang ke dua pada tarikh lantikan 1 Ogos 1957.

Apa yang berlaku pada tahun 1967, kediaman rasmi Menteri Besar negeri Perak itu dirobohkan sewaktu Dato’ Seri Ahmad Said mengambil alih jawatan Menteri Besar negeri Perak ke 4 sehinggalah ia diberi nafas baru sewaktu Tan Sri Dato’ Seri Diraja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib menjadi Menteri Besar negeri Perak yang ke 8.

Sejarah Rumah Kediaman Menteri Besar Perak

Tan Sri Dato’ Seri Diraja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib

Sewaktu Tan Sri Haji Mohamed Ghazali bin Haji Jawi menjadi menteri besar negeri Perak, terdapat 128 jenis pokok rambutan di sekitar kawasan kediaman rasmi tersebut. Jumlahnya semakin berkurangan apabila Tan Sri Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali menjadi Menteri Besar negeri Perak pada tahun 1999.

Sejarah Rumah Kediaman Menteri Besar Perak

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Tajol Rosli bin Mohd Ghazali

Menteri Besar negeri Perak ke 8 iaitu Tan Sri Dato’ Seri Diraja (Dr) Haji Ramli bin Ngah Talib sangat menggalakkan penanaman pokok betik exotic di sekitar kediaman Menteri Besar negeri Perak untuk menggantikan pokok rambutan dan gambar beliau sedang memetik buah betik banyak tersiar didalam dada akhbar satu ketika dahulu.

Sumber rujukan dan olahan

  • Agenda Daily
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here