29.7 C
Ipoh
Saturday, 7 December 2024

Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda

- Advertisement -
- Advertisement -

Silat Legenda ialah filem animasi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1998 atas arahan Hassan Abd Muthalib. Filem fiksyen ini mengisahkan tentang pengembaraan lima orang anak muda yang akhirnya menemui senjata hikmat.

Dengan berlatar belakangkan zaman futuristik, filem ini telah mengetengahkan satu perspektif baru dalam penceritaan hikayat Hang Tuah lima bersaudara.

Kami pasti generasi X dan generasi Y semestinya masih ingat dengan filem animasi Silat Legenda yang mana ia adalah filem animasi pertama di Malaysia dan ramai masyarakat kita hari ini sebenarnya masih tercari-cari filem animasi Silat Legenda ini kerana ingin menonton kembali filem animasi tersebut sejak ia ditayangkan pada tarikh 27 Ogos 1998.

Kisahnya filem animasi Silat Legenda ini bermula ketika Melaka sewaktu abad ke 15 mengenai Seleman dan Mona yang sama-sama menuntut ilmu daripada seorang guru silat.

Tetapi malangnya Mona yang mempunyai kepakaran yang lebih telah menggunakan ilmu yang dipelajarinya untuk tujuan yang tidak baik dan ingin menguasai lima bilah senjata misteri yang amat berkuasa.

Hendak dijadikan cerita, Mona dalam filem animasi ini telah gagal untuk dapatkan kesemua senjata tersebut lalu terus berdendam dan masih cuba untuk menguasainya walaupun dengan menggunakan kuasa sihir dan ilmu hitam.

Setelah ratusan tahun berlalu, lima bilah senjata misteri tersebut sudah ditukar menjadi keris dan telah disimpan dalam sebuah gua di Gunung Ledang. Mona pula ditidurkan dalam tempoh yang panjang dan hanya akan terjaga semula dari tidurnya itu setelah senjata-senjata tersebut dijumpai. Akhirnya lima orang anak muda di abad ke 21 berjaya menemui senjata-senjata tersebut di Gunung Ledang.

Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda

Sejak dari hari kebangkitan Mona, lima orang anak muda yang menemui senjata misteri tersebut terpaksa berdepan dengan kekejaman Mona yang masih ingin menguasai kelima-lima senjata misteri tersebut. Kelima-lima anak muda tersebut diminta oleh Seleman untuk mencari Tok Guru Pujangga dan sejak itu pertarungan antara kuasa jahat dan baik pun bermula semula setelah beratus-ratus tahun berlalu.

Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda

Jadi, masihkah anda ingat dengan watak Tok Guru Pujangga dalam filem animasi Silat Legenda? Disebalik suaranya adalah seorang individu hebat yang bernama Muhammad Amin bin Haji Ihsan atau lebih dikenali sebagai M Amin. Beliau adalah merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Melayu yang popular pada zaman kegemilangannya.

Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda

M Amin yang merupakan tuan punya suara untuk watak Tok Guru Pujangga dalam filem animasi pertama Malaysia iaitu Silat Legenda ini telah dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Bendang Panjang sehingga darjah enam.

Anak kelahiran Kuala Kangsar ini sebenarnya memulakan karier pertamanya sebagai guru di Sitiawan. Namun apa yang berlaku selepas perang dunia kedua, M Amin mula berkhidmat sebagai anggota Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu (menggunakan nombor 4551) sebagai pegawai undang-undang (School Inspector) di Polis Depoh Ipoh selama 4 tahun sejak dari tahun 1946 sehingga tahun 1950.

Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda

Disebabkan M Amin punyai minat yang mendalam dalam bidang lakonan, beliau yang pada masa itu bekerja sebagai anggota polis terpaksa meletakkan jawatan untuk mengejar cita-citanya walaupun permulaan kerjayanya dalam bidang tersebut adalah sebagai seorang pelakon tambahan untuk filem Bakti arahan L. Krishnan pada tahun 1950 di Studio Malay Film Productions (MFP).

Kerjaya beliau dalam bidang mengarah filem pula bermula sebagai penolong pengarah sebelum duduk di kerusi pengarah. Datuk L. Krishnan banyak membantu dan memberi semangat kepada beliau dalam kerja-kerja pengarahan filem.

Filem terakhir lakonan beliau ialah Paloh arahan Adman Salleh pada tahun 2003. Atas kejayaan beliau dalam industri perfileman, beliau pernah di kurniakan Bintang Kebesaran Persekutuann, Ahli Mangku Negara (AMN). M Amin menghembuskan nafas terakhir pada waktu subuh bertarikh 8 Januari 2003 ketika berusia 78 tahun.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here