25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

- Advertisement -
- Advertisement -

Beting Beras Basah adalah satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk-penduduk negeri Perak, kerana nama tersebut ada kaitannya dengan rakyat dan Raja yang memerintah negeri Perak.

Cerita yang lengkap berkaitan dengan tempat tersebut tidaklah banyak yang diperolehi, namun dari cerita-cerita lisan yang selalu dibual-bualkan oleh orang-orang tua di negeri Perak, maka sebuah cerita lisan yang sangat menarik dan munasabah dimasukkan sebagai buku sejarah seperti penceritaan dalam artikel ini.

Berdasarkan bukti fakta dari dokumen bahan yang disimpan dan maklumat dari Muzium Negara yang telah dihantarkan ke Pejabat D.Y.A.M Raja Di Hilir Perak pada 29 Mei 1979, bagi menjawab surat yang diajukan dari Kerani Kepada D.Y.A.M Raja Di Hilir kepada Ketua Pengarah Muzium Negara pada 18 Mei 1979.

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Pada masa rombongan Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Syah Melaka belayar dari Kampar ke negeri Perak, untuk dirajakan sebagai Sultan Negeri Perak pertama (Sultan Muzaffar Syah T.TM 1526 hingga 1549), baginda lalu memudik Sungai Perak.

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Di Kuala Sungai Perak banginda telah terpandang sebuah kawasan yang putih terletak di sebelah kanan mudik Sungai Perak. Lalu baginda bertanya kepada orang-orang baginda akan tempat tersebut, lalu jawab salah seorang orang pembesar baginda bahawa tempat tersebut tidak mempunyai nama nahaya di kenal (tiada dalam rekod) atau disebut orang Busong (kawasan berpasir atau delta yang seing menutup kuala sungai).

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Oleh kerana tertarik dengan tempat tersebut, maka baginda pun menyuruh anak-anak kapalnya merapatkan kapal kenaikan baginda kerana baginda hendak turun dan melihat tempat tersebut.

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Alangkah terperanjat baginda apabila baginda mendapati pasir ditempat tersebut betul-betul menyerupai beras dan kelihatan basah pula, maka oleh kerana tempat tersebut belum punya nama hanya di panggil Busong saja oleh kaum-kaum nelayan, maka baginda lalu mengistiharkan tempat tersebut dengan nama Beting Beras Basah menggantikan nama Busong.

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Baginda juga memberitahu orang besar besar bagunda, bahawa apabila baginda selesai bertabal di Tanah Abang nanti baginda akan menghilir dan membaca doa di Beting Beras Basah kerana memperingati yang baginda mula-mula menjejak tanah di Negeri Perak.

Dan baginda juga mengistiharkan raja-raja yang merajai negeri Perak pada masa akan datang hendaklah menziarahi Beting Beras Basah sebagai satu syarat dalam pertabalan menaiki takhta kerajaan Perak, kononnya menurut cerita yang popular di negeri Perak bahawa sultan-sultan yang kurang berdaulat yang akan merajai negeri Perak tidak dapat naik ke Beting Beras Basah untuk upacara tabalan.

Busong Adalah Nama Asal Kepada Beting Beras Basah

Bukan sekadar, pokta ulama,
Predikat uswatun, Qadi Shalatun,
Bukan sekadar, kata itu berirama,
Hakikat pantun, jadi penuntun.

Sekali terlihat, tangan menyurat,
Dedaikan kunyit, berwarna kuning,
Setali tersirat, dengan tersurat,
bagaikan kulit, dengannya daging.

Bumi Perak sungguh berdaulah,
Raja serumpun Diraja Melaka,
Menjunjung adat segala persembah,
Tanda melayu tak hilang didunia.

– tokchangkatlanggor –

- Advertisement -
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here