● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:07
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Tokoh

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

17 Sep 2017 · 2 min baca · 223 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan, Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dilahirkan pada tanggal 22 Mac 1962 di sebuah pulau nelayan yang ada di negeri Perak tidak lain tidak bukan Pulau Pangkor. Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir telah dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang ke 11 pada 12 Mei 2009 sehingga ke hari ini.

Pasangan kepada Menteri Besar negeri Perak yang ke 11 ini adalah Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli. Mereka telah berkahwin pada 1hb Nov 1987 dan hari ini, pasangan bahagia ini dikurniakan dengan lima orang cahaya mata yang bernama Husna, Huda, Syifa, Munir dan Mukhlis.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Menteri besar berjiwa rakyat ini mula mendapat didikan awalnya di Sekolah Kebangsaan dan Menengah dalam Pulau Pangkor. Seterusnya, beliau meneruskan pengajian ke peringkat Menengah atas di Sekolah Menengah Bukit Gantang, Parit Buntar yang terletak di tanah besar.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Sejak dari zaman kanak-kanak lagi, Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir adalah merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak. Gelaran beliau pada waktu itu adalah "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Menteri Besar Perak yang ke 11 ini adalah pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Pemikiran Politik daripada Universiti Temple di Amerika Syarikat pada tahun 1995 dengan pengkhususan dalam bidang Politik Kontemporari.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Sebelum itu, Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir berjaya dapatkan ijazah peringkat Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang Falsafah Politik Dan Perbandingan Agama di universiti yang sama pada tahun 1992. Tidak lupa juga beliau turut mempunyai Ijazah Sarjana (kepujian) dalam pengkhususan Pemikiran Islam oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 1991.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Dato Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir adalah merupakan seorang yang disegani dalam dunia akademia kerana kepakaran beliau dalam bidang ekonomi dan politik, pemikiran politik, politik kontemporari di Asia Tenggara dan pemikiran politik Malaysia.

Dato Seri Diraja Dr Zambry Menteri Besar Perak Ke 11

Beliau adalah sumber aspirasi buat anak muda pada hari ini kerana menjadi seorang menteri besar yang berjiwa rakyat serta menjadi idola ribuan anak Perak yang mana tidak mustahil untuk seorang anak nelayan tradisional untuk terus mencapai kejayaan dalam hidup!

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.