29.7 C
Ipoh
Saturday, 18 January 2025

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

- Advertisement -
- Advertisement -

Menurut penulisan buku dari Abdul Halim Nasir yang berjudul Sejarah Perak Siri Pertama dan bertajuk Zaman Pemerintahan Sultan Mansur Shah, yang berdasarkan cerita-cerita rakyat tergolong dari pengkaji sejarah melayu dahulu serta individu yang pernah berkhidmat lama dengan Istana Sultan Perak di Kuala Kangsar dimana hasil penulisan buku beliau pernah disimpan oleh Muzium Negara sebagai rujukkan.

Sultan Mansur Shah di puterakan di Bentan, Riau. Ayahandanya (Sultan Muzaffar Shah I) berkahwin dengan Tun Terang pada tahun 1524. Raja Muzaffar berhijrah ke Kampar iaitu sebuah tempat di kepulauan Sumatera bersama-sama keluarganya dan Ayahandanya iaitu Sultan Mahmud Shah (Bekas Sultan Melaka) pada tahun 1526. Setelah kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Raja Muzaffar Shah datang lah ke Negeri Perak dan Di-Rajai oleh orang-orang Perak dan menggunakan gelaran Sultan Muzaffar Shah I

Pada tahun 1549, setelah 21 tahun lamanya memerintah maka dikatakan Sultan Muzaffar Shah mangkat dan digantikan pula oleh puteranya iaitu Raja Mansur. Baginda menggunakan gelaran Sultan Mansur Shah I dan dilantik menjadi Sultan Perak yang kedua.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Baginda bersemayam disuatu tempat di tepi sungai perak yang bernama Kota Lama Kanan dan menurut cerita orang-orang tua dari generasi ke generasi menyatakan tempat yang lebih tepat dikatakan baginda bersemayam pada zaman dahulu adalah di Kampung Kandang dekat dengan Kota lama Kanan.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Mengikut riwayat Raja-Raja Negeri Perak, Sultan Mansur Shah I lah yang telah menentukan sempadan disebelah utara Negeri Perak dengan Negeri Reman.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Pernah dikatakan didalam suatu masa didalam pemerintahan baginda, sejumlah besar tentera-tentera Siam pernah mendarat di Pengkalan Lumut dan telah berperang dengan orang-orang Perak dibawah naungan menantu baginda iaitu Raja Ali yang berketurunan Raja Siak yang berkahwin dengan puteri baginda iaitu Raja Andak.

Raja Ali dan tentera-tenteranya dikatakan kalah berperang dengan tentera -tentera Siam dan diatas kalah berperang, kerajaan Negeri Perak dipaksa membuat perjanjian oleh Kerajaan Siam membayar bunga emas pada setiap tahun kepada kerajaan Siam.

Tidak lama selepas itu pula Negeri Perak diserang lagi dan kali ini pula dari Acheh yang diperintah ketika itu oleh Sultan Ali Riayat Shah kerana membalas dendam terhadap angkatan perang yang menolong Kerajaan Johor mengalahkan angkatan perang dari Kerajaan Acheh pada tahun 1545.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Diatas kekalahan Negeri Perak, Sultan Mansur Shah I serta berserta isteri dan anaknda-anaknda baginda dibawa ke Acheh. Sesampai Baginda di Acheh, putera sulung Baginda iaitu Raja Alauddin Mansur Shah dapat menambat hati puteri Sultan Ali Riayat Shah. Maka Raja Alauddin Mansur Shah di kahwinkan dengan puteri Raja Acheh itu.

Diatas terjalinnya perhubungan kekeluargaan itu, Sultan Mansur Shah I dihantar pulang sendirian untuk merajai kembali Negeri Perak Kembali. Ketika Raja Alauddin Mansur Shah di angkat menjadi Sultan Acheh bagi menggantikan bapa mertuanya yang telah mangkat, Baginda telah mengarahkan beberapa tentera Acheh menculik ayahnda baginda iaitu Sultan Mansur Shah I untuk dibawa ke Acheh.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Ketika hari jumaat sedang baginda ingin bersolat jemaah, tanpa diketahui oleh rakyat jelata, Sultan Mansur Shah I telah di bawa oleh tentera Acheh pulang ke Acheh diatas titah putera sulong baginda.

Didalam masa perjalanan menghilir ke sungai perak, Baginda telah singgah di Kuala Kinta. Disitulah Baginda telah berkahwin dengan Tok Subang iaitu anak gadis Maharaja Genta. Baginda ini lah yang disangkakan seorang Nakhoda dari Sumatera kerana anak-anak kapalnya itu semua berbangsa Acheh.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Selepas beberapa minggu dengan isteri baginda itu, maka baginda pun belayar meninggalkan isterinya di Kuala Kinta dan dikhabarkan pula beroleh seorang putera tunggal dari darah baginda yang mengunakan gelaran Seri Panglima Maharaja Kinta dan dipercayai selepas itu Sultan Mansur Shah I mangkat di Acheh.

Menurut sejarah Perak, Sultan Mansur Shah I dikatakan mangkat di Negeri Perak, namum seperti yang telah dihuraikan bahawa bukti kemangkatan Baginda seperti dinyatakan sejarah Perak itu tidak dapat dibuktikan dengan begitu jelas. Menurut seorang kerani yang pernah berkhidmat dengan pejabat Sultan Perak di Kuala Kangsar, bahawa batu nisan isteri Sultan Mansur Shah sama dipasangkan seperti isteri Sultan Muzaffar Shah I.

Al-Kisah Sultan Perak Kedua

Sultan Mansur Syah tidak mempunyai makam melainkan Batu Peringatan Sultan Mansur Shah yang terletak di Masjid Kota Lama Kanan, Kuala Kangsar. Batu Peringatan ini merupakan sebuah nisan yang dipasang dengan perintah Sultan Idris Murshidul ‘Aadzam Syah bagi memperingati Sultan Mansur Syah yang hilang ketika menunaikan fardhu Jumaat di masjid itu. Masjid Kota Lama Kanan dibina semula dalam tahun 1916 menggantikan masjid yang asal yang telah dibakar oleh Penjajah Inggeris semasa berlaku Perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876.

Makam isteri Sultan Muzaffar Shah I di Air Mati, Teluk Bakong. Di Acheh terdapat sebuah makam Seri Kandi Malahayati yang bentuk batu nisannya sama seperti batu nisan isteri Sultan Muzaffar Shah I dan Tok Subang isteri kepada Sultan Mansur Shah I.

Makam Tok Subang Makam Tok Subang

Makam Tok Subang

Makam Isteri Sultan Muzaffar Shah I Makam Isteri Sultan Muzaffar Shah I

Makam Isteri Sultan Muzaffar Shah I

Tanam-tanaman perlu dibajai
Manusia baik makhluk sukai
Alam buana tidak dipujai
Allah al-Malik Maha Merajai

Ada makhluk bertubuh sasa
Tapi tidaklah punya kuasa
Walaupun banyak racun berbisa
Allah al-Aziz Maha Perkasa

Ada masanya kita terpaksa
Sebaik-baiknya kita berjasa
Tiada siapa suka disiksa
Allah al-Jabbar Maha Memaksa

Sewaktu perang musuh dicincang
Bukan masa untuk berbincang
Kalau bercakap janganlah lancang
Allah al-Barik Maha Perancang

Semua orang mempunyai datuk
Usia tua mula batuk-batuk
Ada yang lurus ada yang melentuk
Allah al-Musawwir Maha Membentuk

-tokchangkatlanggor-

- Advertisement -
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here