● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Sejarah

Titah Dan Amanat Terakhir Tiga Hari Sebelum Sultan Perak Ke 33 Mangkat

03 Mar 2019 · 2 min baca · 287 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pada tarikh 27 Januari 1984 iaitu 3 hari sebelum Almarhum Sultan Idis Shah II (Sultan Perak ke 33) mangkat, baginda telah menulis sepucuk surat rasmi sebagai warkah titah yang ditujukan kepada TB Dato' Yang Dipertua Majlis dan Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Perak.

Berikut adalah surat rasmi yang ditulis oleh Almarhum Sultan Idris Shah II (Sultan Perak ke 33) kepada Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Perak yang diterbitkan dalam majalah Suara Majlis untuk edisi bulan Febuari 1984. Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 27 Januari 1984 Yang Dipertua Majlis Agama Perak. Adalah beta mentakrifkan iaitu memandangkan keadaan di atas tafsiran dan kehendak-kehendak agama Islam yang banyak merebak di dalam negeri ini, inilah beta mengarahkan Majlis Agama menjalankan penerangan dan kehendak-kehendak Islam yang lebih memberi kesan dan pengetahuan kepada pengikut Islam. Banyak sangat pengetahuan dan maksud kehidupan yang terkandung di dalam Al-Quran tetapi tafsiran tidak dibuat mengikut kehendak dan tujuannya yang sebenar mengikut keadaan masa dan zaman. Kebanyakan huraian yang disampaikan kepada ramai ialah dengan cara mendatangkan bosan dan takut. Hendaklah diperbuat untuk mendengarkan penjelasan dan kehendak Islam itu menerbitkan pengajaran Nabi Muhammad SAW dan kepada Allah. Berilah kepada pengikut Islam itu kesedaran dan nafas untuk kegunaan hidup di atas muka bumi ini dan bersiap untuk menghadapi kepentingan akhirat. Janganlah hendaknya menurut satu jalan sahaja untuk akhirat tetapi untuk hidup di dunia diabaikan. Hendaklah diberi penjelasan dan keterangan untuk hidup sebagai seorang Islam menunaikan maksud kehendak agama di dunia dan akhirat. Hendaklah diadakan kursus bagi pensyarah-pensyarah dan juga ceramah untuk mencari jalan terhadap kehendak yang beta arahkan ini. Kebanyakan pensyarah semata-mata memberi huraian yang telah ada dan juga menakutkan perasaan tetapi sekiranya diberi keterangan supaya perasaan tidak tersinggung dan mendatangkan kesayangan terhadap agamanya akan mendatang lebih banyak faedah dan gunanya terhadap mereka yang beragama Islam. Berapa banyaknya anak-anak sekarang tidak faham dan mengerti di atas maksud dan kesucian Islam. Hendaklah diberi faham kepada mereka itu untuk faedag jasmani dan rohani mereka dan dimana terletaknya satu-satu soal ini pada diri mereka. Beta berharap soal ini dapat diatasi dan akan memberi faedah dan sokongan yang meluas daripada kalangan pengikut agama Islam dalam negeri ini. Sekian ditakrifkan dan sila ambil tindakan dengan secepat mungkin. Disudahi dengan salam juga adanya. D.Y.M.M. Idris Iskandar Shah, Yang Dipertuan dan Raja Pemerintah, Negeri Perak Darul Ridzuan s.k. YAB Menteri Besar Perak Mufti Kerajaan Perak Kadi Besar Perak Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak

Titah Dan Amanat Terakhir Tiga Hari Sebelum Sultan Perak Ke 33 Mangkat

Sumber dan rujukan :

  • YM Raja Nur Jannah Raja Hirdan
  • Sembang Kuala
  • Suara Majlis

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.