24.9 C
Ipoh
Sunday, 13 October 2024

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Cukup nostalgia, SOFEA ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang cukup popular sejak pada zaman 1980 an dan mereka berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka iaitu Syed Yusuf Jamalulail.

Band SYJ pada asalnya berasal dari nama kumpulan Ex-December yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail yang mana pada ketika itu beliau merupakan seorang anggota polis trafik di Ipoh. Kemudian, nama kumpulan tersebut ditukarkan ke nama SYJ pada tahun 1978.

Anggota asal kumpulan SYJ pada tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum – kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya pula adalah Rohana Kassim.

SOFEA yang ditubuhkan oleh Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai Pak Syed dengan nama SYJ pada tahun 1983 bermula di Kampung Manjoi Ipoh, Perak. Pada waktu itu, SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja dan Amir bukanlah vokalis asal SYJ tahun 1986. Beliau diambil ketika sesi ujibakat vokalis untuk kumpulan ini.

Akhirnya, Amir menyertai SYJ pada tahun 1985. Pada masa itu, hanya di rumah Pak Syed sahaja yang mempunyai studio jamming. Penyanyi asal SYJ iaitu Azmi Mansor atau lebih dikenali dengan nama samarannya Rod kemudian berundur diri dari SYJ.

Pada tahun 1986, SYJ’86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang telah dianjurkan oleh Ali Bakar. Kemudian, lagu mereka telah dimasukkam beberapa album Battle Of The Bands 1 dan 2 seperti lagu Hati Syaitan, Orang Timur dan Mata Sepet. Selepas album tersebut dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang panas untuk lagu yang diberikan tadi.

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

Mereka juga telah mencetuskan kontroversi lain dengan menggunakan imej kumpulan rock dari barat seperti Motley Crue dan Kiss. Lantaran atas kritikan yang tidak pernah putus untuk nama SYJ, akhirnya mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea daripada Man Rani sempena nama kekasihnya pada masa itu iaitu Julia Sofea. Nama SOFEA ini muncul ketika kumpulan SYJ ini sedang van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani.

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar iaitu Raymond Lim. Barisan anggota SOFEA jufa telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar telah menggantikan Eduat kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.

Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ, maka selepas pengunduran Eduat, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA. Dalam tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yang ke 2 berjudul ANAK LIAR. Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc, kulit album terbaik, sound system yang baik dan banyak lagi.

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

Barisan anggota SOFEA sekali lagi bertukar iaitu Fancy telah mengambil posisi bermain gitar menggantikan Zam. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu-lagu berentak slow rock iaitu Bunga Padang Pasir dan Suratan Perpisahan yang merupakan lagu berhantu lantas digilai oleh rocker-rocker wanita pada masa itu. Dan saat itulah Man Rani digelar Man glamour oleh Mama Juwie.

Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain drum dan Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke 3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

Kali ini konsep serta imej SOFEA bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman. Lagu Bungaku Kerinduan merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi binti Ahmad. Hasil perkahwinan beliau telah dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani.

Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang terakhir berjudul MIMPI DAN AIR MATA. Pada waktu ini, Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.

SOFEA, Nostalgia Kumpulan Rock Dari Ipoh, Perak

Oleh kerana ingin menampakkan Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka tahu yang album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan posisi Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telah pun kembali dengam mengambil semula posisi drummer yang ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan posisi gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana beliau menubuhkan kumpulan LEON.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here