25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Perak Fa, Persatuan Bola Sepak Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Persatuan Bola Sepak Perak (Perak Football Association , Perak FA) adalah merupakan persatuan bola sepak yang mewakili negeri Perak Darul Ridzuan untuk menyertai Liga Malaysia dan pasukan ini juga tersenarai dalam kelompok elit Liga Malaysia iaitu Liga Super Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA telah dibentuk pada tarikh keramat bertarikh 18 April 1951 dengan bertujuan untuk mengawasi dan memantau kegiatan sukan bola sepak di seluruh daerah dalam negeri Perak Darul Ridzuan.

Walaupun persatuan ini dijalankan secara formal selepas penubuhan persatuan dalam tahun 1951, namun pasukan bola sepak buat Perak FA asalnya telah wujud sejak tahun 1921 lagi yang mana mereka telah menyertai Piala Malaya yang kemudian dikenali sebagai Piala HMS Malaya dan kini dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai Piala Malaysia.

Pasukan bola sepak yang mewakili negeri Perak ini iaitu Perak FA adalah merupakan salah satu ahli pengasas kepada Persatuan Bola Sepak Malaya iaitu ia telah wujud lebih awal daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia sejak dalam tahun 1926.

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA

Pasukan Perak FA ini juga adalah pasukan ketiga yang paling berjaya dalam pertandingan Piala Malaysia (termasuk Piala HMS Malaya dan Piala Malaya) dengan 8 kali kemenangan serta 11 kali menjadi naib juara. Mereka telah memenangi piala terakhir dari 8 piala mereka pada tahun 2018 dan naib juara terakhir pada edisi tahun 2007.

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA telah menjadi antara pasukan yang paling konsisten dalam bola sepak Malaysia yang mana mereka telah mengakhiri liga di kedudukan lima teratas di dalam Liga Super Malaysia setiap tahun sejak awal diperkenalkan.

Selain itu, Persatuan Bola Sepak Perak Perak FA adalah antara satu-satunya pasukan di Malaysia yang belum pernah diturunkan ke divisyen lebih rendah sejak era profesional diperkenalkan pada tahun 1989.

Perak FA

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA pernah mengumumkan bahawa Stadium Perak yang berkapasiti 42,500 kerusi sebagai stadium rasminya, walau bagaimanapun mereka akan menjalankan beberapa perlawanan di Stadium Lumut yang berkapasiti 15,000 kerusi (di dalam Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak) pada bila-bila masa ketika Stadium Perak tidak dapat digunakan.

Stadium Majlis Perbandaran Manjung kemudian telah menaik taraf stadium tersebut sempena Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 dan ia telah berupaya untuk menganjurkan perlawanan pada sebelah waktu malam.

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA

The Bos Gaurus adalah nama gelaran buat pasukan Perak FA yang mana ia adalah nama untuk haiwan Seladang yang memberi maksud Bapa Segala Seladang. Satu slogan kegemaran penyokong Perak adalah Kejor Yeop Kejor yang secara kasar diterjemahkan menjadi “kejar, saudara, kejar”.

Slogan tersebut diterima pakai oleh pasukan selepas Kerajaan Negeri Perak menggunakan slogan tersebut pada Sukan Malaysia (SUKMA) tahun 1996. Pada tahun 2007, pasukan Perak FC telah memperkenalkan lagu berjudul, Skor Yeop Skor.

Seperti pasukan lain, negeri Perak juga mempunyai lagu penyokong dan liriknya digunakan untuk menaikkan semangat pemain. Versi popular lagu penyokong Perak adalah dalam versi When The Saints Go Marching In.

Ipoh Mali, Ipoh Mali, Ipoh Mali,
Talak Sombong, Ipoh Mali Talak Sombong,
Ipoh Mali Talak Sombong.

Khabar angin mengatakan bahawa lagu ini mula kedengaran sejak apabila Perak muncul sebagai juara Piala FA Malaysia pada 1990. Sejak itu, laungan Kejor Yeop Kejor menjadi sinonim kepada penyokong Perak. Anda boleh rujuk artikel Bagaimana Slogan Kejor Yeop Kejor Tercipta untuk penceritaan dengan lebih mendalam tentang solgan bagaimana slogan Kejor Yeop Kejor ini mula tercipta.

Pada perlawanan akhir dalam Piala FA 1990, pasukan negeri Perak ketinggalan 2 – 0 pada separuh masa pertama dan pada masa rehat, penyokong Selangor bersuara kepada penyokong pasukan negeri Perak dengan laungan Kejor Yeop Kejor.

Persatuan Bola Sepak Perak, Perak FA

Pada masa separuh masa kedua, Perak berjaya mengikat kedudukan kepada 2-2 dan penyokong Perak mula melaungkan Kejor Yeop Kejor. Lauangan tersebut menjadi semakin kuat apabila Perak berjaya menjaringkan dua lagi gol untuk mencatat kemenangan 4 – 2 ke atas Selangor.

Lebih lanjut :

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here