23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Sejarah Dan Kisah Keturunan Daeng Selili Di Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Daeng Selili adalah satu nama yang cukup gah di negeri Perak. Beliau adalah individu yang dikatakan cukup hebat dalam memerangi pihak lanun yang berleluasa di Pulau Sembilan.

Daeng Selili juga adalah yang dikatakan individu yang mencadangkan sistem penggiliran Sultan Perak yang mempunyai serba sedikit ciri-ciri dari adat Temenggung.

Tidak cukup dengan itu, Daeng Selili juga punyai gelaran Orang Kaya Kaya Maharajalela yang punyai kuasa yang cukup digeruni iaitu beliau boleh memberi hukuman pancung tak bertanya. Kemunculan individu hebat ini banyak membantu dalam pembetukan sistem kesultanan negeri Perak sepertimana yang kita dapat lihat pada hari ini.

Daeng Kuning yang merupakan moyang kepada Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman Bin Uda Mohd Hashim iaitu pengasas Silat Seni Gayong Malaysia dikatakan juga adalah adalah sahabat baik kepada Daeng Selili. Keakraban mereka telah membentuk satu pengaruh yang cukup hebat dan cukup kuat di sekitar negeri Perak.

Menurut carian kasar di internet berkenaan Daeng Selili, banyak kisah dan cerita yang digambarkan berbeza dan tidak teratur. Ada yang menyatakan bahawa Daeng Selili telah berkahwin dengan Raja Su binti Almarhum Raja Mansur iaitu adinda kepada Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) yang memerintah negeri Perak pada tahun 1728 hingga tahun 1752.

Ada juga yang menceritakan tentang Daeng Selili ini yang selalu dikaitkan dengan nama-nama hebat dalam sejarah Perak seperti Megat Terawis, Bugis, Daeng 5 bersaudara dan banyak lagi. Namun tidak tertulis dan tidak direkodkan secara rasmi berkenaan sejarah mereka untuk negeri Perak.

Menurut kajian dan selidikan ringkas yang dijalankan laman Keturunan Daeng Selili di laman sosial facebook, nama Daeng Selili ini dikatakan mula muncul apabila Daeng Hanasah iaitu Daeng Hitam mula berperang dengan pihak lanun yang berkuasa di perairan negeri Perak.

Sejarah Dan Kisah Keturunan Daeng Selili Di Negeri Perak

Daeng Hanasah dan Daeng Selili adalah bersaudara dan berketurunan Bugis Luwu. Bapa mereka adalah Sultan Aceh yang beristerikan puteri kepada Pajung Luwu.

Namun terdapat fakta-fakta yang membuatkan kenyataan ini tidak konsisten dengan jalan penceritaan dan telah membuatkan ada cerita versi baru yang muncul.

Berbalik pada tahun 1998, Kerajaan Indonesia telah menganugerahi seorang pahlawan nasional mereka dengan Bintang Patra dan Bintang Mahaputra Aripradana sebagai penghargaan kepada jasa beliau yang berjuang memerdekakan Tanah Wajo dari penjajahan kolonial Belanda.

Disebalik perjuangan ini juga, tokoh ini sebenarnya juga telah berjuang untuk menghapuskan dominasi orang-orang barat di Sulawesi Selatan. Sejarah berulang kembali apabila keturunannya yang bergelar Dato’ Maharajalela juga gugur kerana berjuang menentang penjajahan Barat di Tanah Melayu.

Sejarah Dan Kisah Keturunan Daeng Selili Di Negeri Perak

Apa yang ingin ditekankan disini dan apa yang menariknya adalah pejuang yang menerima anugerah Bintang Patra dan Bintang Mahaputra Aripradana sebagai penghargaan daripada kerajaan Indonesia itu sebenarnya adalah berketurunan dari keturunan Daeng Selili.

Lantas ada satu lagi versi yang menyatakan bahawa Daeng Selili sebenarnya adalah pejuang yang menerima julukan Petta Pammadarekaengngi Wajona To Wajoe. Beliau pula bernama La Maddukelleng yang dikatakan lahir pada tahun 1703.

Ayahnya bernama La Mata Esso Arung Peneki bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki Mula Sellengnge Arun Matoa Wajo XII (1607 – 1610) dan ibunya, Tenri Angka Arung Singkang, saudara kandung La Salewangeng To Tenrirua Arung Matoa Wajo XXX (memerintah 1715-1736).

Kerana inilah juga, La Maddukelleng juga dikenali dengan nama Arung Peneki dan juga Arung Sengkang (Arung ini adalah gelaran sama seperti Raja / Pemerintah / Sultan). Jangan anda tidak tahu bahawa Selili juga sebenarnya adalah merupakan nama satu tempat di Samarinda Ilir, Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia sekarang.

Menurut Lontara Sukkuna Wajo, La Maddukelleng memula merantau bersama-sama dengan ratusan pegawainya pada ketika usia hanya belasan tahun sahaja pada waktu itu. Destinasi pertama beliau ialah ke negeri Johor kerana ingin bertemu dengan saudaranya yang bernama Daeng Mattekko.

Hendak dijadikan cerita, malang sekali apabila beliau tiba di negeri Johor dan beliau telah menerima berita sedih tentang saudaranya sudah terkorban. Begitu juga dengan nasib isteri Daeng Mattekko yang sedang mengandung juga meninggal dunia. Harta kekayaannya dirampas oleh To Pasarai iaitu sepupu Arungpone Batari Toja Daeng Talaga.

Akhirnya, La Maddukelleng bersama-sama dengan angkatan lautnya datang ke Perak sewaktu zaman pemeintahan Almarhum Sultan Muzaffar Shah III (Sultan Perak ke 13) bersama-sama dua orang anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka.

Sejarah Dan Kisah Keturunan Daeng Selili Di Negeri Perak

Dengan mengunakan strategi memerang lanun di persisiran pantai negeri Perak, beliau akhirnya berjaya menawan hati Sultan Perak dan dengan itu terus menempatkan anak-anaknya di negeri Perak tanpa memberitahu siapa sebenarnya mereka.

Ini merupakan satu muslihat untuk mengkaburi mata musuh-musuhnya daripada terus memburu keluarganya dan memastikan kesinambungan perjuangan keturunannya agar dapat teruskan hidup dengan selesa dan selamat.

La Maddukelleng kemudian kembali ke Wajo untuk meneruskan perjuangannya menentang penjajah Belanda dan datang sekali sekala ke negeri Perak. Anak-anaknya pada waktu itu ditinggalkan di negeri Perak dapat memegang jawatan penting dalam kerajaan negeri Perak dan akhirnya mereka telah dikahwinkan dengan anak-anak raja tanpa pengetahuan Belanda.

Diolah dari sumber laman sosial facebook page:

  • Keturunan Daeng Selili
- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here