25 C
Ipoh
Friday, 3 October 2025

Harimau Belang Serang Lembu di Gerik, Perhilitan Nasihat Penduduk Berwaspada

- Advertisement -
- Advertisement -

Harimau Belang Serang Lembu di Gerik, Perhilitan Nasihat Penduduk Berwaspada

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak menggesa penduduk di Kampung Padang Langgar, Gerik, agar tidak membiarkan haiwan ternakan berkeliaran bebas selepas kejadian serangan harimau belang pada 17 Mei lalu.

Menurut Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff, kandang haiwan ternakan perlu dibina dengan kukuh dan bersesuaian bagi mengurangkan risiko serangan oleh mamalia pemangsa tersebut.

“Penduduk perlu mengurung haiwan ternakan dalam kandang yang sesuai, bukan sekadar bina sekadar ada atau secara ‘cincai’. Langkah ini penting untuk mengelakkan haiwan mereka menjadi mangsa binatang buas,” tegas Yusoff ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kejadian terbaharu melibatkan empat ekor lembu penduduk yang diserang harimau belang, dipercayai berasal dari hutan berhampiran kampung tersebut.

Sejauh ini, tiada tanda-tanda harimau itu kembali ke kawasan kampung berkenaan walaupun Perhilitan telah memasang perangkap dan menggunakan teknologi dron bagi mengesan pergerakannya.

“Kami masih memantau, tetapi setakat ini tiada kesan jejak atau kelibat harimau tersebut. Salah satu faktor yang mendorong haiwan ini mendekati kawasan penduduk ialah kekurangan populasi babi hutan, iaitu sumber makanan utamanya,” jelas Yusoff.

Beliau berharap harimau itu akan kembali ke habitat asalnya bagi mengurangkan kebimbangan penduduk setempat.

Perhilitan akan terus bekerjasama dengan komuniti bagi memastikan keselamatan haiwan ternakan dan mengelakkan konflik antara manusia dengan hidupan liar.

Rujukan :

  1. Bernama, 21 Mei 2025
📢
Jangan terlepas berita terkini kami! Sertai saluran rasmi WhatsApp Channel Orang Perak sekarang.
Klik & Sertai Sekarang
- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here