Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Pandemik selesema 1918 yang kebiasaannya disebut sebagai Selesema Sepanyol (Spanish Flu) adalah merupakan pandemik influenza kategori 5 yang bermula di Amerika Syarikat, Afrika Barat dan Perancis lalu tersebar hampir ke seluruh dunia.

Pandemik ini difahamkan yang pertama disebabkan oleh virus influenza A subjenis H1N1 dan kebanyakan yang terkorban akibat selsema ini adalah golongan belia.

Selsema Sepanyol melanda seluruh dunia sejak dari Mac 1918 sehingga Jun 1920. Kira-kira seramai 50 juta hingga 100 juta orang di seluruh dunia terkorban dan secara tidak langsung telah menjadikannya antara bencana alam paling membawa maut di dunia.

Di negara kita juga tidak terkecuali untuk terpalit dengan wabak ini. Salah seorang mangsa yang dipercayai berjangkit dengan wabak Selesema Sepanyol ini adalah Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29).

Pukul tarikh 26 Oktober 1918 lebih kurang jam 3.15 pagi, Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) telah mangkat di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Kurang seminggu sebelum mangkat iaitu 22 Oktober 1918, Sultan Abdul Jalil dilaporkan mula demam, batuk serta punyai gejala wabak Selesema Sepanyol (Spanish Flu). Kemudian baginda gering dan mangkat pada 26 Oktober 1918.

Kemangkatan Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) sangat mengejutkan rakyat negeri Perak yang turut terpalit derita dengan penyakit aneh yang melanda negara pada waktu itu.

Tidak ramai yang maklum tentang penyakit yang sedang melanda negara pada ketika itu. Cuma yang diketahui, ramai orang di Pulau Pinang telah meninggal dunia kerana selsema, sesak nafas dan demam yang teruk. Penyakit itu kemudian telah mula merebak ke negeri Perak dan seluruh Tanah Melayu.

Sultan Abdul Jalil (Sultan Perak ke 29) Mangkat Akibat Spanish Flu

Sebulan selepas kemangkatan Sultan Abdul Jalil, pada tarikh 25 Nov 1918 lebih kurang jam 2.15 pagi, Sultan Zainal Abidin III (Sultan Terengganu ke 12) pula telah mangkat di Istana Kecil, Dalam Kota Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Dalam tempoh lebih kurang sebulan, dua Raja Melayu telah mangkat kerana dipercayai telah dijangkiti dengan wabak Selesema Sepanyol (Spanish Flu). Ianya adalah berdasarkan berita kemangkatan serta petanda awal yang menunjukan tanda-tanda wabak wabak tersebut.

Jenazah baginda Almarhum Sultan Abdul Jalil selamat dimakamkan di Pemakaman di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar dan kemudian Sultan Iskandar Shah telah diangkat menjadi Sultan Perak ke 30.

Sumber diolah dari:

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here