Home Blog Sejarah Kisah Penjaga Gajah Sultan Idris II

Kisah Penjaga Gajah Sultan Idris II

0
Kisah Penjaga Gajah Sultan Idris II

Segalanya bermula di kawasan pedalaman hutan Gerik apabila hendak dijadikan cerita dan dengan takdir tuhan, seekor gajah telah terjatuh ke dalam sebuah lopak yang berselut dengan kedalaman yang agak dalam. Hal itu telah menyebabkan gajah yang terjatuh ke dalam lopak tersebut tidak dapat melepaskan diri dan tersangkut disitu menagih simpati serta memerlukan bantuan untuk menyelamatkan diri.

Tragedi tentang seekor gajah yang terjatuh ke dalam lopak berselut itu tersebar dengan cepatnya dan ramai orang kampung datang ke lokasi kejadian untuk cuba membantu lantas berharap agar dapat mengubah nasib gajah tersebut. Oleh kerana kedalaman selut itu sangatlah dalam, jadi orang kampung yang cuba bantu jadi buntu dan hilang ikhtiar untuk menyelamatkan gajah tersebut kerana segala percubaan mereka menemui kegagalan.

Sehinggalah muncul seorang hamba Allah ini yang tampilkan diri untuk membantu dalam operasi menyelamatkan gajah yang hampir tenggelam separuh badan dan tersangkut itu. Entah bagaimana, gajah tersebut berjaya dikeluarkan dengan mudah oleh kebijaksanaan individu tersebut. Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, individu tersebut adalah bernama Mat Hasan atau nama asalnya adalah Rambahadur.

mat hasan

Mat Hasan

Berita tentang kehebatan Mat Hasan dalam menyelesaikan masalah gajah yang tersangkut di dalam lopak yang dalam itu merebak dengan pantas sehinggakan sampai terdengar ke telinga Sultan Perak. Pada waktu itu, Sultan yang memerintah negeri Perak adalah Sultan Idris II pada pertengahan abad ke 20. Oleh kerana Sultan Idris II mempunyai banyak gajah, jadi Mat Hasan terus dilantik oleh sultan untuk menjadi penjaga kepada gajah-gajah baginda.

Inginkah anda berkenalan dengan Mat Hasan? Teruskan membaca dan kami dari orangperak.com akan kenalkan beliau pada anda di ayat seterusnya. Mat Hasan pada asalnya adalah adalah salah seorang askar Gurkha dan bukan beragama Islam dengan nama asal Rambahadur. Untuk pengetahuan umum buat anda pembaca setia orangperak.com, terdapat dua suku di Nepal yang sangat dikenali masyarakat dunia iaitu Sherpa iaitu yang sangat terkenal dengan pendaki atau pemandu di Himalaya manakala satu lagi adalah Gurkha iaitu yang arif dalam peperangan.

Pada waktu zaman kolonial British, telah terjadi Perang di Nepal dan menyebabkan pihak Inggeris rasa begitu kagum diatas kegigihan mereka iaitu suku Gurkha ini semasa sedang berperang di medan perang. Mereka ini iaitu suku Gurkha kemudiannya direkrut untuk bekerja sebagai tentera dengan East India Company di India dan ada juga yang diletakkan di Tanah Melayu. Mat Hasan adalah salah seorang individu yang ikut bekerja sebagai tentera di tanah melayu.

Untuk memendekkan cerita, setelah semuanya berakhir iaitu zaman penjajahan British, mereka ini diberi tiga pilihan. Ianya adalah seperti berikut:

  • pulang ke negara asal
  • menetap di Tanah Melayu dan dapat warganegara
  • menetap di mana-mana negara jajahan British dan jadi warganegara disana

Maka, Mat Hasan buat keputusan untuk menjadi warganegara di tanah melayu dan tinggal di tanah melayu. Bermulalah hidupnya sebagai orang awam yang asalnya hidup di dalam estet getah dan banyak bergaul dengan masyarakat India. Pada waktu itu, Jepun ada datang menyerang tanah melayu dan keadaan tersebut telah memaksa Mat Hasan untuk lari menyelamatkan diri dan sehinggalah ke Kampung Kerunai yang terletak di Gerik.

Mat Hasan memeluk agama Islam di sebuah Masjid yang ada di Kampung Kerunai dan akhirnya Mat Hasan menjadi Tok Siak di masjid tersebut. Sudah tentuan takdir, di Kampung Kerunai yang terletak di Gerik jugalah Mat Hasan berjumpa jodoh dan disinilah bermula episod penceritaan sepertimana yang kami ceritakan di awal penceritaan itu tadi. Mat Hasan memulakan hidup berkeluarga di Kampung Kerunai, Gerik.

Sepanjang bekerja dengan Sultan Idris II, Sultan Idris II kerap memberikan susu, tepung beras dan juga gula untuk dijadikan makanan gajah dengan banyak melebihi apa yang diperlukan. Segala lebihan makanan ada yang terlalu banyak melebihi dari yang cukup untuk makanan gajah Sultan Idris II itu tadi, Mat Hasan akan edarkan pada penduduk kampung yang memerlukan secara percuma. Mat Hasan amat disayangi dan disenangi oleh penduduk Kampung Kerunai pada waktu itu.

sultan Idris II

Sultan Idris II

Pada satu hari, Sultan Idris II telah bertitah kepada Mat Hasan supaya membawa gajah-gajah baginda berpindah ke Taiping. Mat Hasan menurut perintah baginda sultan dan maka, pergilah Mat Hasan dengan gajah-gajah yang digembalanya berjalan kaki menuju ke Taiping. Mat Hasan turut membawa keluarga berpindah ke Taiping kerana mereka akan menetap di sana untuk satu jangka masa yang panjang.

Setelah tiba di Taiping, Mat Hasan sekeluarga ditempatkan di rumah kerajaan. Kini rumah kerajaan tersebut dikenali dengan Plaza Taiping. Sejak dari hari itu, Mat Hasan bekerja siang malam menjaga dan melatih gajah sepenuh masa sehinggakan gajah-gajah yang dijaganya akan dengar apa jua arahan yang diberikan olehnya. Mat Hasan cukup gemar membawa gajah belaannya mandi di anak sungai yang kini boleh dilihat ada di depan Zoo Taiping.

Sewaktu peristiwa 13 Mei 1969 iaitu sejarah hitam negara kita, Mat Hasan pernah ditampar dengan askar Iban dihadapan dan disaksikan oleh anak kecil perempuannya sendiri sehingga terjatuh kerana melanggar arahan perintah berkurung yang berkuat kuasa pada waktu itu. Selepas ditamparnya muka Mat Hasan, barulah askar tersebut menyoalkan akan tindakan Mat Hasan tentang mengapa melanggar perintah berkurung yang sedang berkuat kuasa.

Lalu, Mat Hasan terus ceritakan yang terdapat gajah-gajah belaannya milik Sultan Idris II yang masih belum makan sejak semalam. Mat Hasan takut jikalau gajah-gajah itu mengamuk dan menyerang kawasan penempatan sekeliling kerana kelaparan dan kebuluran. Jelas dengan alasan tersebut, askar pun menemani Mat Hasan memberi gajah-gajah Sultan Idris makan dan begitulah rutin harian mereka setiap hari sehinggalah tamat tempoh darurat.

mat hasan bersama awang majlis

Mat Hasan bersama Mek Cik (gajah)

Mat Hasan sering membawa anak perempuannya yang berumur 5 tahun pergi bersama-sama memberi gajah yang dijaganya makan. Ada seekor gajah dari sekumpulan gajah disitu adalah bernama Awang Majlis. Anak perempuan Mat Hasan amat gemar bermain dengan gajah tersebut antaranya adalah bermain bola, memberi Awang Majlid makan pisang, menyuruh Awang Majlis tabik seperti askar maka diangkatlah belalainya dengan mengeluarkan bunyi dan ia akan melayan kerenah anak perempuannya si Mat Hasan.

Kisah ini adalah perkongsian cerita dari Selamah Binti Mat Hasan yang merupakan perempuan berumur 5 tahun dalam penceritaan ini untuk bacaan semua pembaca setia orangperak.com. Teladan dari kisah ini dapat kita lihat apabila Mat Hasan sanggup keluar dari perintah berkurung untuk memberi gajah-gajah dibawah jagaannya makan. Atas rasa sayang terhadap gajah belaannya, beliau tetap menjalankan tugas dengan penuh bertanggung-jawab kerana amanah jagaan yang diberikan oleh Sultan Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here