Kelahiran Parit, Wanita Pertama Jadi Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan

Tan Sri Dr Asiah Abu Samah telah mencatatkan rekod sebagai wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarah di Kementerian Pendidikan pada 27 November 1991. Tan Sri Dr Asiah Abu Samah dilahirkan pada 1 Mac 1937 di Parit, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Melayu, Kuala Kangsar.

Tan Sri Dr Asiah Abu Samah

Pada asalnya, beliau adalah seorang pensyarah bahasa di Institiut Bahasa Lembah Pantai di Kuala Lumpur pada tahun 1966. Kemudian beliau telah menjadi seorang Pengarah untuk Pusat Perkembangan Kurikulum di Kementerian pendidikan Malaysia pada tahun 1976 hingga 1989. Pada tahun 1991, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pengarah Pendidikan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

Tan Sri Dr Asiah Abu Samah

Secara tidak lansung, perlantikan dan pencapaian Tan Sri Dr Asiah Abu Samah telah mencatat sejarah sebagai wanita Malaysia pertama menyandang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan di Malaysia.

Tan Sri Dr Asiah Abu Samah

Antara inovasi yang dijalankan oleh beliau adalah membentuk kurikulum dan kaedah pengajaran ilmu bahasa di Institut Bahasa, Kuala Lumpur, memperkemas pengurusan dan mempertingkat kejayaan akademik kolej tunku Khursiah. Beliau juga ada menulis dan menerbikan buku. Antaranya adalah buku kursus Bahasa Kebangsaan Untuk Tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan pengarang bersama Abdul Razak Nordin dan Zainol Ariffin pada tahun 1962 dan Buku Bahasa Melayu Untuk Menengah Atas, dengan pengarang bersama Abdul Razak Nordin yang juga pada tahun 1962.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here