Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia

Tasik Bukit Merah yang terletak di utara negeri Perak amat terkenal dengan pemandangan yang indah pada waktu senja sewaktu matahari terbenam di arah Barat. Pasti ramai yang teruja dengan keindahan panorama indah yang terbentuk dari matahari yang beransur-ansur terbenam dan tenggelam dengan warna merah seperti di hujung tasik.

Ramai yang tidak tahu akan fakta ini bahawa Tasik Bukit Merah adalah merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Malaysia. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, ia telah dibina pada tahun 1906 sewaktu dalam pemerintahan sultan Perak yang ke 28 iaitu Sultan Idris I.

Ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah Tasik Bukit Merah terbentuk? Jangan anda tidak tahu bahawa puncanya adalah dari pembinaan sebuah empangan iaitu empangan Bukit Merah dikawasan tersebut. Pembinaan empangan itu telah menenggelamkan sebahagian kawasan disekitar Tasik Bukit Merah dan menyebabkan ia menjadi sebuah tasik air tawar yang luas.

Empangan Bukit Merah terletak di antara dua buat daerah iaitu daerah Kerian dan daerah Larut Matang, Selama. Keluasan kawasan tadahan empangan Bukit Merah yang dibina adalah seluas 40 km² yang mana ia juga meliputi dua buah daerah yang sama iaitu daerah Kerian dan daerah Larut Matang, Selama.

Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia

Tak cukup dengan fakta tasik buatan manusia pertama di Malaysia? Usah risau kerana ada lagi satu fakta menarik untuk anda tentang Tasik Bukit Merah ini. Apa yang menariknya tentang Tasik Bukit Merah ini lagi adalah ia juga adalah satu-satunya tasik air tawar yang ada landasan kerata api untuk direntasi di negara kita Malaysia.

Hari ini, jambatan kereta api di Tasik Bukit Merah ini juga dikenali dengan nama Bukit Merah Marine Viaduct. Ia punyai landasan kereta api berkembar sepanjang 3.5 km yang telah disiapkan pada tahun 2013 yang mana menggantikan landasan tambak lama yang dibina sebelum ini.

Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia

Hal ini secara tidak langsung juga telah menjadikan ia sebagai sebuah jambatan kereta api yang paling panjang merentasi tasik. Cukup unik dan menarik fakta ringkas berkenaan dengan Tasik Bukit Merah ini bukan?

Laluan asal stesen kereta api Bukit Merah sebenarnya telah ditutup pada tarikh 30 Julai 2013. Sepertimana yang telah diberitahu tadi, landasan tambak yang asal kemudiannya telah digantikan dengan jambatan landasan berkembar yang baru dan ia juga merentasi tasik Bukit Merah.

Fakta Tasik Bukit Merah, Tasik Buatan Pertama Malaysia

Ada juga maklumat yang menyatakan bahawa Tasik Bukit Merah juga amat terkenal sebagai habitat asal kepada ikan Arowana yang popular dengan ikan hiasan yang berharga. Ikan Arowana yang berwarna emas digelar sebagai Malaysia Gold atau Dragon Fish dan jangan anda tidak tahu bahawa biasanya harga ikan tersebut mencecah ribuan bahkan puluhan ribu ringgit.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

57 + = 67