Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Dalam tahum 1594, setelah Sultan Tajul Ariffin mangkat dengan gelaran Marhum Mangkat di Tebing, Raja Ali yang merupakan cucu kepada almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Shah telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 5.

    Baginda telah menaiki takhta negeri Perak dengan memakai gelaran Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5) dan telah bersemayam di tepi sungai di kawasan yang kini dikenali dengan nama Bota Kanan.

    Sultan Alauddin Shah telah memerintah negeri Perak kira-kira selama sembilan tahun sejak dari tahun 1594 sehingga tahun 1603 dan baginda digelar sebagai Marhum Mangkat di Darat.

    Pusat pemerintah baginda Almarhum Sultan Alauddin Shah terletak di Bota dan sewaktu dalam pemerintahan baginda, Acheh masih lagi menempatkan beberapa Orang-orang Besar Acheh untuk mengawasi dan mentadbirkan Negeri Perak.

    Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

    Baginda Sultan Alauddin mangkat dalam tahun 1603 dan bergelar Marhum Mangkat Di Darat. Asalnya, baginda dimakamkan di tepi Sungai Perak di hujung Pulau Bota.

    Oleh kerana makam tersebut hampir rebah ke dalam sungai, maka makam Sultan Alauddin Shah telah dipindahkan ke belakang dertan kedai di pekan Bota Kanan.

    Sultan Alauddin Shah (Sultan Perak ke 5)

    Lokasi makam baginda almarhum Sultan Alauddin Shah terletak di dalam pekan Bota Kanan dan berdekatan dengan makam Almarhum Sultan Ahmaddin Shah (Sultan Perak ke 18).

    Tidak banyak maklumat yang boleh didapati berkenaan dengan Almarhum Sultan Alauddin Shah sewaktu zaman pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak ke 5 kerana kekurangan bahan dokumentasi yang boleh dirujuk.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.