32.9 C
Ipoh
Saturday, 13 July 2024

Anak Badak Air Jadi Tarikan Baru Di Zoo Taiping

- Advertisement - Advertisement
- Advertisement - Advertisement

Tahukah anda bahawa Zoo Taiping adalah zoo yang paling tua di Malaysia? Ianya dibuka beberapa tahun selepas merdeka iaitu pada 7 Mac 1964. Zoo Taiping mempunyai lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan yang melebihi 30 ekar. Selain merupakan zoo pertama di Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.

zoo taiping

Zoo Taiping dan Night Safari telah menerima seekor lagi ahli baru iaitu seekor anak badak air yang telah dilahirkan pada 12 Disember 2016 yang lalu baru-baru ini. Anak badak air tersebut lahir dengan berat sekitar 40 hingga 50 kilogram. Ia dilahirkan dari ibunya iaitu Lek dan hasil “kerjasama”  bapanya iaitu April yang berusia kira-kira 20 tahun bagi kedua-dua badak air tersebut tersebut. Lek berasal dari Zoo di Thailand manakala April adalah merupakan “anak jati” kelahiran Perak di Zoo Taiping. Jangka hayat bagi seekor badak dewasa adalah 40 hingga 50 tahun.

anak badak air zoo taiping

Setiap anak badak air yang dilahirkan akan tinggal bersama ibunya selama 2 tahun 6 bulan manakala tempoh penceraian susu berlaku ketika berumur 10 bulan hingga 1 tahun. Oleh itu, tempoh untuuk matang bagi seekor badak air adalah antara 4 hingga 5 tahun. Dengar KHABAR nanti akan diadakan satu program memberi nama kepada anak badak air yang baru lahir tersebut. Sama-sama kita tunggu!

Adioss!!!

- Advertisement - Advertisement
Sakirin Haji Muhamed
Sakirin Haji Muhamed
Seorang insan yang dikurniakan paras rupa "Pan Asia" untuk terus hidup di alam fana yang penuh dengan pancaroba. Namun terus membawa semangat seorang pejuang yang tidak pernah putus asa untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Setakat bertutur dan menulis dalam "Bahasa Melayu" itu adalah "makanan" bagi seorang insan yang bernama Sakirin Haji Muhamed. Tidak dilupakan juga, "You'll Never Walk Alone" tetap dihati. Adioss!!
Terkini
- Advertisement - Advertisement

Moh baca!

Related news
- Advertisement - Advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here