OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:16
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Pelancongan

Anak Badak Air Jadi Tarikan Baru Di Zoo Taiping

04 Jan 2017 · 1 min baca · 44 ·Oleh Sakirin Haji Muhamed
Tahukah anda bahawa Zoo Taiping adalah zoo yang paling tua di Malaysia? Ianya dibuka beberapa tahun selepas merdeka iaitu pada 7 Mac 1964. Zoo Taiping mempunyai lebih 1,300 ekor haiwan di dalam kawasan yang melebihi 30 ekar. Selain merupakan zoo pertama di Malaysia, ia juga pelopor Night Safari di negara ini.

zoo taiping

Zoo Taiping dan Night Safari telah menerima seekor lagi ahli baru iaitu seekor anak badak air yang telah dilahirkan pada 12 Disember 2016 yang lalu baru-baru ini. Anak badak air tersebut lahir dengan berat sekitar 40 hingga 50 kilogram. Ia dilahirkan dari ibunya iaitu Lek dan hasil "kerjasama"  bapanya iaitu April yang berusia kira-kira 20 tahun bagi kedua-dua badak air tersebut tersebut. Lek berasal dari Zoo di Thailand manakala April adalah merupakan “anak jati” kelahiran Perak di Zoo Taiping. Jangka hayat bagi seekor badak dewasa adalah 40 hingga 50 tahun.

anak badak air zoo taiping

Setiap anak badak air yang dilahirkan akan tinggal bersama ibunya selama 2 tahun 6 bulan manakala tempoh penceraian susu berlaku ketika berumur 10 bulan hingga 1 tahun. Oleh itu, tempoh untuuk matang bagi seekor badak air adalah antara 4 hingga 5 tahun. Dengar KHABAR nanti akan diadakan satu program memberi nama kepada anak badak air yang baru lahir tersebut. Sama-sama kita tunggu! Adioss!!!

Sakirin Haji Muhamed
Sakirin Haji Muhamed
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.