26.7 C
Ipoh
Saturday, 7 September 2024

Kisah Disebalik Pangkal Nama Wan Keturunan Dalam Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Penggunaan nama Wan pada pangkal nama penduduk di negara Malaysia adalah satu perkara yang biasa. Disebalik adanya nama Wan pada pangkal nama seorang individu, kebiasaannya ia adalah bersandarkan pada keturunan. Uniknya, penggunaan pangkal nama ini punyai cerita yang tersendiri untuk setiap negeri yang ada di negara kita.

Kebanyakan masyarakat kita hari ini pasti memikirkan mereka yang memegang nama Wan pada pangkal nama pasti berasal dari pantai timur. Ianya jelas menunjukkan ramai diantara penduduk di pantai timur punyai nama Wan di pangkal nama mereka.

Namun untuk anak-anak kelahiran negeri Perak khususnya, kisah tentang nama Wan pada pangkal nama mereka ini sebenarnya punyai cerita disebaliknya yang tersendiri. Kisahnya amat berlainan dan cukup berbeza dengan negeri-negeri lain yang ada di tanah air kita.

Temenggung ialah gelaran pembesar dalam kesultanan Melayu yang mempunyai sistem Empat Lipatan. Temenggung pada asalnya merupakan jawatan tertinggi dalam pentadbiran kerajaan kesultanan Melayu yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan keamanan dalam negeri.

Temenggung di negeri Perak juga adalah salah seorang orang besar di negeri Perak yang pernah turut serta dalam menandatangani Perjanjian Pangkor dalam tahun 1874.

Pada satu ketika dahulu sewaktu pemerintahan Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28), terdapat seorang temenggung di negeri Perak yang bernama Temenggung Wan Husain. Beliau ini telah dilantik untuk menjadi Orang Kaya Temenggung Paduka Raja Negeri Perak yang merupakan orang besar 4 di dalam negeri Perak.

Kisah Disebalik Pangkal Nama Keturunan Wan Dalam Negeri Perak

Di awal pemerintahan Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28), baginda sultan Perak telah memberikan gelaran Raja kepada mereka yang memegang jawatan Temenggung di negeri Perak. Namun, gelaran tersebut ditukarkan kepada Wan setelah berlaku beberapa sedikit permasalahan.

Kisah Disebalik Pangkal Nama Keturunan Wan Dalam Negeri Perak

Dengan alasan jika dengan menggunakan gelaran Raja dipangkal nama, sudah pasti pada satu hari nanti anak cucu cicit serta rakyat jelata akan keliru dan tidak dapat membezakan antara Raja yang berketurunan Temenggung dan Raja yang berketurunan kerabat diraja Sultan Perak yang sebenar.

Kisah Disebalik Pangkal Nama Keturunan Wan Dalam Negeri Perak

Walaupun Temenggung negeri Perak tidak menggunakan nama gelaran Raja, namun rakyat tetap memanggil dan menggelar mereka sebagai Raja kerana rakyat di negeri Perak pada ketika itu menganggap bahawa keturunan Temenggung itu layak dan berhak untuk digelar sebegitu kerana mereka juga dari keturunan bangsa Raja.

Ada juga teori yang menyatakan bahawa gelaran nama Wan pada pangkal nama keturunan Temenggung Perak adalah cadangan daripada Temenggung Wan Husain sendiri kepada sultan semasa beliau menolak untuk gelaran Raja yang diberikan oleh baginda.

Temenggung Wan Husain dikatakan mencadangkan nama Wan sempena diambil dari perkataan pahlawan. Sejak dari itu, zuriat Temenggung di negeri Perak terus menerus menggunakan pangkal nama Wan pada nama mereka sehingga ke hari ini.

Kisah Disebalik Pangkal Nama Keturunan Wan Dalam Negeri Perak

Temenggung Wan Hassan

Temenggung Wan Hassan bukanlah berketurunan biasa-biasa. Beliau ini adalah merupakan anak kepada Orang Kaya Temenggung Panjang Arif. Temenggung Wan Hassan meninggal dunia dalam kira-kira tahun 1907 sewaktu Almarhum Sultan Idris I (Sultan Perak ke 28) masih memerintah negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau dimakamkan di tanah perkuburan di bandar Kuala Kangsar. Temenggung Wan Husain juga adalah merupakan abang kandungnya.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here