Kubu Perang Dunia Ke 2 Di Kampar

Kampar, Perak adalah antara lokasi berlakunya pertempuran Perang Dunia kedua. Green Ridge, pertempuran Kampar telah diwartakan sebagai tapak warisan supaya tinggalan sejarah di situ sewaktu perang dunia ke dua dapat dipulihara dan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan. Dianggarkan terdapat ada lebih 10 buah kubu perang yang perlu dibaik pulih di kawasan seluas kira-kira 1.2 hektar itu.

pertepuran kapar

Pertempuran Kampar yang berlaku pada 30 Disember 1941 hingga 2 Januari 1942 pada ketika itu merupakan sebuah bandar melombong bijih timah di negeri Perak, Malaysia. Dengan kegagalan tentera British menghalang kemaraan tentera Jepun di Jitra dan Gurun dalam kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu, pihak British telah menubuhkan barisan pertahanan di Kampar sebagai usaha menyekat kemaraan tersebut.

Arthur E. Percival

Bandar Kampar telah dipilih oleh Leftenan Jeneral Arthur E. Percival, ketua bagi pasukan British di Malaya kerana kedudukannya di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1,206 meter dengan rabungnya yang mengarah bandar Kampar. Pada 23 Disember 1941, batalion Percival telah menduduki tiga rabung rendah di utara Kampar iaitu rabung Hijau, rabung Thompson Ridge dan rabung Kubur yang mengarah jalan raya utama dan landasan kereta api. Selain itu permukaan bumi yang rata di sebelah barat bandar Kampar turut merupakan kedudukan yang strategik bagi meriam pertahanan. Hal ini telah memberi pihak Birtish kelebihan artileri berbanding pihak Jepun.

pertepuran kapar

Di atas bukit itulah terjadinya pertempuran hebat selama empat hari empat malam di antara 4,000 tentera Jepun melawan 1,500 tentera British yang turut dibantu oleh tentera India, Sikh dan Gurkha pada 30 Disember 1941. Pertempuran tersebut menyebabkan 500 orang tentera Jepun dan 150 orang tentera British maut. Mereka yang terkorban dikebumikan di satu tempat di kawasan sama yang dikenali sebagai Green Ridge.

pertepuran kapar

Pertempuran di Kampar merupakan salah satu dari pertempuran yang paling sengit semasa Kempen Tanah Melayu, tetapi pada 2 Januari 1942 British dipintas dan laluan ke Singapura terputus dibelakang mereka. Dengan perlindungan tembakan meriam, tentera British mula berundur sepanjang jalan utama ke kedudukan yang telah disediakan di Trolak iaitu di sekitar lima batu dari utara Slim River. Di situ mereka dikejutkan dan dimusnahkan oleh kereta kebal tentera Jepun dalam Pertempuran di Slim River.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here