Pasir Salak adalah merupakan sebuah mukim dan kawasan bersejarah yang terletak di tepi Sungai Perak dan berada di dalam daerah Perak Tengah, Perak. Di seberang sungai Perak terletaknya pekan Kampung Gajah dan di belakang Pasir Salak terletaknya kawasan jelapang padi kawasan Seberang Perak.
Siapa yang tidak pernah tahu tentang Pasir Salah? Namanya pernah gah satu ketika dahulu sewaktu kisah pembunuhan J.W.W Birch. Anda boleh ikuti perincian kisah detik pembuhan J.W.W Birch dengan membaca artikel Perincian Kisah Detik Pembunuhan JWW Birch ini.
Pada zaman kegemilangannya, Pasir Salak cukup terkenal dan gah dengan wujud Kompleks Sejarah Pasir Salak yang punyai intisari dan maklumat yang cukup untuk mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang hal-hal sejarah yang berlaku di kawasan tersebut.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, nama Pasir Salak sebenarnya diambil dan berasal dari keadaan pasir yang ada di tepi sungai Perak. Hal ini adalah kerana keadaan pasir tersebut dipenuhi dengan kulit buah salak.
Buah salak ialah sejenis buah yang mana kulitnya keras berwarna coklat dan warna isi agak putih serta pokoknya berkeadaan seperti Pokok Nipah. Jadi, oleh kerana keadaan itulah yang menyebabkan kawasan tersebut dinamakan sebagai Pasir Salak.
Keadaan sungai Perak pada zaman itu adalah jernih dan tidak tercemar dari kesan air dari aktiviti perlombongan bijih timah yang amat keruh. Oleh yang demikian, banyaklah pokok buah salak yang tumbuh secara liar dan ada juga sesetengah daripadanya ditanam oleh orang kampung.
Semua orang sudah sedia maklum bahawa sungai adalah merupakan nadi kehidupan kepada masyarakat. Jadi, rata-rata masyarakat di seluruh dunia tinggal di tepi sungai sebagaimana tidak juga terkecuali buat penduduk Pasir Salak.
Di kawasan Pasir Salak di sungai Perak inilah rata-rata penduduk kampung menyara hidup dengan menjadi nelayan sungai dan membawa bot penambang. Sungai Perak juga berfungsi sebagai untuk menghanyutkan buluh dan balak.
Jika datang musim buah-buahan, sungai Perak juga berfungsi sebagai jalan utama untuk mengangkut buah durian dan lain-lain buah-buahan ke Teluk Intan.
Ingatkah anda pada zaman kegemilangan Pasir Salak yang mana pada penghujung abad ke 20, ramai pelancong asing yang datang melancong ke Pasir Salak? Tidak lupa juga terdapat aktiviti tahunan yang dinamakan larian Bukit Tunggal yang disertai oleh atlet dan jaguh larian dari seluruh dunia.
Bilakah lagi Pasir Salak akan kembali bangun menunjukkan kegemilangannya seperti dahulu? Ayuh kita ramai-ramai ke Pasir Salak pada pada cuti minggu untuk mengingat kembali peristiwa penting yang telah berlaku di sana satu ketika dahulu.