Badang Challenge adalah acara tahunan yang dipertandingkan di Dataran Badang. Dataran Badang pula terletak di Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar. Pernahkah anda tahu tentang kewujudan pertandingan ini? Teruskan membaca untuk ketahui makluman dengan lebih lanjut.
Pertandingan Badang Challenge ini pada asalnya bermula pada tahun 2014 lagi. Ia sebenarnya adalah bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat dan memacu nama Homestay Labu Kubong dan daerah Kuala Kangsar sebagai sukan antarabangsa yang terkenal yang diadakan setiap tahun.
Apa yang berlaku hari ini pada tahun 2017, pertandingan Badang Challenge kini lebih dikenali bukan sahaja di serata masyarakat Malaysia, malah ada juga permintaan oleh peserta dari luar negara terutamanya negara-negara ASEAN yang terdiri dari 10 buah negara termasuk Malaysia sendiri.
Untuk Badang Challenge tahun 2017 yang bakal dipertandingkan ini nanti, terdapat sebanyak 2 kategori untuk lelaki dan terdapat kategori terbuka untuk wanita yang akan dilaksanakan dengan penglibatan jangkaan sebanyak 120 orang peserta. Acara ini dijangka akan dihadiri lebih 10,000 pengunjung yang bakal memeriahkan lagi majlis dan pertandingan tersebut.
Dua jenis gelaran yang bakal direbut oleh peserta berdasarkan jantina iaitu untuk peserta lelaki yang menang akan bakal digelar sebagai “Badang” dan manakala untuk peserta perempuan yang menang pula akan bakal mendapat gelaran sebagai “Walinongsari”. Mereka yang menang secara tidak langsung akan turut menerima habuan hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur.
Maklumat pertandingan Badang Challenge tahun 2017:
- Tarikh : 15 September 2017 hingga 17 September 2017
- Lokasi : Dataran Badang, Kampung Labu Kubong, Kuala Kangsar
Untuk makluman anda orangperak.com, terdapat juga bazar ekspo yang dipenuhi dengan masyarakat dan syarikat tempatan yang turut serta mengambil bahagian dalam menjayakan pertandingan Badang Challenge 2017 ini. Anda juga dijemput hadir untuk ke Badang Challenge 2017 sepertimana maklumat yang tertera di atas.
Kita sebagai warga anak Perak seharusnya menyambut baik hasrat penganjur untuk menjadikan program ini sebagai bertaraf dunia dan akan cuba menyokong sebaik mungkin kerana ianya dapat menjadi kebanggaan penduduk setempat melalui penganjuran acara berprestij pada setiap tahun.