Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku sultan negeri Perak yang ke 35 amat berilmu tinggi dengan pandangan dan buah fikirannya dalam pelbagai isu mencakupi politik, sosial, ekonomi, kemasyarakatan, agama serta isu semasa sering diikuti dengan penuh minat oleh rakyat selain menjadi bahan perbincangan ilmiah serta bualan orang ramai.
Betapa bertuahnya rakyat negeri Perak punyai sultan sebegini rupa yang menjadi idola setiap rakyat pelbagai bangsa. Berbalik kepada tujuan artikel orangperak.com yang ingin disampaikan ini, moh kita imbau kembali koleksi gambar-gambar kenangan Sultan Nazrin ketika muda yang masih boleh dijumpai di internet.
Sedikit selingan maklumat yang diberi untuk anda apabila anda menatap gambar-gambar Sultan Nazrin ketika muda ini, untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sultan Nazrin diputerakan pada 27 November 1956 di George Town, Pulau Pinang dan baginda adalah anakanda putera sulung kepada Almarhum Sultan Azlan Shah (Sultan Perak ke 34).
Pada ketika usia baginda Sultan Nazrin berumur 28 tahun, Sultan Nazrin mendapat gelaran sebagai Raja Kechil Besar Perak Darul Ridzuan. Tarikh dan jangka masa memegang gelaran tersebut adalah bermula pada 16 Februari 1984 sehingga pada tarikh 15 April 1987, selama lebih kurang 3 tahun.
Pada 14 Oktober 2016, Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke 243 (Khas) di Istana Negara telah memilih baginda untuk dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia apabila Sultan Muhammad ke 5 dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong. Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun.
Sedikit fakta menarik untuk anda berkenaan dengan Sultan Nazrin jika anda tidak tahu. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sultan Nazrin adalah sultan pertama yang ada PHD di Malaysia. Pencapaian baginda amat membanggakan rakyat negeri Perak!
kredit gambar kepada warisanpermaisuri.blogspot.my