26.6 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

- Advertisement -
- Advertisement -

Ipoh cukup gemilang dengan pembangunan dan peningkatan ekonomi selepas menjadi ibu kota buat negeri Perak. Sehubungan dengan itu, lambakan pusat hiburan tumbuh di sekitar bandar Ipoh untuk masyarakat yang tinggal di sekitar bandar Ipoh.

Kedatangan panggung wayang di Ipoh mula menapak dengan banyaknya di Ipoh sekitar dalam tahun 1950 an ke 1960 an. Ialah satu-satunya hiburan yang boleh didapati untuk mereka yang tinggal di sekitar bandar Ipoh untuk menonton filem-filem baru yang diterbitkan pada masa itu.

Dalam pada masa zaman tersebut, harga tiket wayang boleh didapati dengan harga serendah 65 sen. Walaupun begitu murah nilainya kita nampak jika hendak dibandingkan dengan hari ini, namun hakikatnya masih ramai yang tidak mampu untuk dapatkan tiket dengan harga tersebut.

Antara filem-filem yang menjadi kewajipan untuk ditayangkan di semua panggung wayang yang ada di sekitar bandar Ipoh adalah seperti filem Hollywood, filem tempatan Melayu, filem hindi, filem Indonesia dan filem cina.

Kali ini orangperak.com ingin mengangkat kembali tentang panggung wayang yang paling besar dan paling di di negeri Perak dalam tahun 1960 an. Ianya adalah panggung Lido yang cukup terkenal dan sering penuh apabila ada tayangan filem-filem baru ditayangkan.

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

Panggung Lido sering menjadi tumpuan orang ramai terutamanya golongan muda yang tinggal di sekitar bandar Ipoh. Ia sungguh menggamit memori buat mereka yang hari ini sudah tua dan punyai cucu. Tidak dapat dinafikan bahawa panggung Lido adalah salah satu lokasi untuk mereka iaitu golongan muda bertemu janji dengan pasangan masing-masing.

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

Berthel Michael Iversen

Berthel Michael Iversen adalah individu yang mereka bentuk bangunan Panggung Lido dan ia siap dibina pada tahun 1957 sewaktu negara kita mencapai kemerdekaan. Beliau adalah seorang arkitek dari Denmark yang cukup aktif di Malaya dan Singapura. Berthel Michael Iversen juga adalah pengasas kepada syarikat Iversen, Van Sitteren And Partners.

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

Hong Weng Kue pula adalah individu yang dipertanggung-jawab untuk menjaga segala hal ehwal pengurusan yang berlaku di panggung Lido sejak ia dibuka pada tahun 1958. Beliau telah dilantik menjadi pengurus kepada panggung wayang yang paling besar di negeri Perak pada waktu itu.

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

Poster filem Trapeze

Panggung Lido ini punyai kapasiti tempat duduk untuk seramai 1,215 orang. Menurut rekod yang ada, filem bertajuk Trapeze atas lakonan Burt Lancaster, Tony Curtis and Gina Lollobrigida adalah merupakan filem pertama yang ditayangkan di panggung Lido.

Panggung Lido, Panggung Paling Besar Di Perak Sekitar Tahun 1960 an

Namun setelah 43 tahun beroperasi, Panggung Lido telah ditutup secara rasmi pada tarikh 31 Mei 2001 sebelum ia dijadikan sebagai restoran makanan cina dan pusat snooker seperti mana yang dapat kita lihat hari ini di lokasi asal yang terletak di Jalan Datuk Onn Jaafar, Kampung Jawa, Ipoh.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here