● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Fakta

Masjid Kedua Paling Tua Dalam Bentuk Asal Di Perak

20 Mar 2017 · 2 min baca · 148 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Masjid Papan yang dibina pada tahun 1888 oleh penghulu Papan yang bernama

Raja Billah

sejak tahun 1834 hingga tahun 1911 dikatakan adalah salah satu masjid kedua paling tua dalam bentuk asalnya di negeri Perak yang mana masih lagi kukuh berdiri di muka bumi Perak.

Dikatakan juga bahawa Masjid Papan ini adalah masjid Mandailing yang paling tua di negeri Perak dan berkemungkinan, ianya juga adalah masjid Mandailing yang paling tua di Malaysia. Masjid Papan yang juga dikenali sebagai Masjid

Raja Billah

yang diberi sempena nama pengasasnya mencerminkan seni bina dari Mandailing. Seperti masjid-masjid tempatan yang dibina sejak pada awal kurun ke 19, Masjid Papan tidak mempunyai menara dan kubah bawang seperti masjid-masjid lain yang kita dapat lihat kini yang terpengaruh oleh seni bina Turki dan India. Bentuk dan seni bina Masjid Papan ini serupa dengan masjid-masjid kayu yang masih boleh ditemui di Tapanuli Selatan di Utara Sumatera kerana berkemungkinan dibina oleh tukang-tukang Mandailing. Tuan Syed Al-Fadhil Sheikh Mohd Taib adalah individu yang menggesa agar sebuah masjid didirikan di Papan bagi untuk menampung jemaah yang ramai di kawasan Papan. Tuan Syed Al-Fadhil Sheikh Mohd Taib adalah individu yang memegang jawatan sebagai Ketua Agama Islam di negeri Perak pada ketika itu.

masjid papan

Di atas keprihatinan

Raja Billah

,

Raja Billah

telah mewakafkan sebidang tanah miliknya untuk pembinaan masjid tersebut dan ia siap dibina pada 1888.

masjid papan

Masjid ini direka bentuk menurut konsep bumbung limas bungkus yang berlapis atau dikenali sebagai bumbung Juglo disebabkan oleh lapis bumbungnya yang bertingkat-tingkat. Bumbungnya berbentuk dua piramid yang membesar dan meruncing di bahagian bawahnya. Ia tidak mempunyai sebarang menara dan azan dilaungkan secara memukul gendang atau taboh yang terletak di peran. Masjid ini tidak mempunyai bilik air dan tempat mengambil wuduk dijalankan di telaga yang berhampiran.

pelan masjid papan

Struktur pembinaan masjid ini mengunakan bahan daripada kayu jenis cengal, merbau dan damar laut merah untuk lantai, alang, pintu, dinding, tingkap dan tiang manakala tangga hadapannya diperbuat daripada kemasan simen. Bumbungnya pula dilitupi dengan atap zink. Reka bentuk Masjid Papan ini dipengaruhi oleh seni bina dari Sumatera, Cina dan Inggeris yang boleh dilihat pada reka bentuk bumbung berlapisnya, pengadaptasian motif ukiran seperti segi tiga pada mimbar, kepala mihrab dan pintu.

masjid papan

Masjid ini juga dihiasi dengan motif ukiran berdasarkan tumbuhan, kosmos dan geometri seperti awan larat dan bunga gerimis yang boleh dilihat pada ruang penting seperti pintu masuk, mihrab dan mimbar. Ia menggunakan teknik pembuatan silat ukiran tradisional secara separuh tebuk dan tebuk timbul. kredit pemaklum : Muhammad Imran Ibrahim

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.