Home Blog Tokoh Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

0
Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

Tidak akan terduga oleh kita yang mana di sebalik nama besar dan tersohor dengan satu zaman kegemilangan P. Ramlee ini sebenarnya terdapat kisah sedih di penghujung hidupnya dan arwah telah meninggal dunia dalam keadaan yang amat daif dan menyedihkan.

Raja Azmi Raja Ambiah lahir pada tahun 1923 di Kualan Kangsar, Perak dan beliau lebih dikenali dengan nama R. Azmi. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, R. Azmi sebenarnya adalah merupakan salah seorang penyanyi Melayu yang amat popular dan setanding dengan P. Ramlee dalam tahun 1950 an hingga 1970 an.

Jangan anda tidak tahu bahawa lagunya sering kali dimainkan dan suaranya sering kali didendangkan di dalam stesen radio Malaysia dan Singapura. Oleh kerana keunikan suaranya itulah yang menjadi faktor dan amat sesuai untuk mendendangkan lagu-lagu irama hindi.

Hari ini, kita ada Datuk Irwan Shah Abdullah (nama asal Dhammi Jagjit a/l Sukhdev) atau lebih dikenali dengan nama Dato DJ Dave yang menyambung legasi R. Azmi dalam menyanyikan lagu-lagu berirama hindustan dengan lirik dalam bahasa Malaysia setelah R. Azmi meninggal dunia.

Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

R. Azmi membawa diri hingga ke Singapura dan diterima bekerja sebagai penyanyi latar dan pelakon pembantu di MFP Studio yang terletak di Jalan Ampas. Jangan anda tidak tahu bahawa R. Azmi adalah merupakan artis seangkatan dengan Tan Sri P.Ramlee, Tan Sri S.M. Salim di dalam program Bakat Radio 1947.

Dalam bidang lakonan pula, R. Azmi pernah berlakon di dalam filem bertajuk Bapa Saya dan beliau juga adalah merupakan penyanyi latar bagi filem-filem keluaran Malay Film Productions Ltd. Selain itu, beliau juga pernah bergandingan berlakon dan menyanyi bersama P. Ramlee dalam filem Anjoran Nasib. Seperti P. Ramlee, R. Azmi juga pandai menyanyi dan menggubah lagu.

Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

Langit tidak sentiasa cerah, populariti R. Azmi mula merudum pada awal tahun 1960 an. Nama R. Azmi mula tenggelam dan beliau terpaksa menyara hidpnya dengan menyanyi di funfair dan jalanan. Anda wajar untuk dengar lagunya yang bertajuk Nasib Penyanyi kerana dikatakan itulah lagu yang menggambarkan kehidupan sebenar R. Azmi.

Pada ketika usia 51 tahun, R. Azmi meninggal dunia pada tarikh 28 Febuari 1974 kerana sakit asma di rumah seorang guru besar di Klang, Selangor. Dikatakan kehidupan beliau sekitar 1970 an amatlah daif sehingga tiada tempat tinggal dan beliau dijaga oleh seorang guru besar sehingga menghembuskan nafas terakhir.

Kisah Sedih Disebalik Penyanyi Dari Kerana Mata, Raja Azmi Raja Ambiah

Buat mereka yang tidak tahu, sebenarnya ada sebuah filem yang dibuat untuk mengenang jasa R. Azmi. Ianya adalah filem lakonan Allahyarham Hani Mohsin Hanafi yang melengkapkan gambaran tentang kehidupan R. Azmi. Ianyanya adalah sebuah filem genre muzikal dan cinta bertajuk Jimi Asmara dan ianya telah ditayangkan pada 1995 atas arahan Erma Fatima.

Antara tajuk lagu yang popular nanyian dari R. Azmi adalah seperti berikut:

  • Bercerai Kasih
  • Cahaya Bulan Di Air Tenang
  • Dari Kerana Mata
  • Di Bawah Bulan Purnama (duet dengan Rokiah Wanda)
  • Dunia Sekarang
  • Hore Hore Samba
  • Hati Rindu
  • Hatiku Kecewa
  • Helo Helo Sayang
  • Ingin Ku Berjumpa
  • Kalau Ke Singapura
  • Kerana Mata
  • Kalau Sudah Tergoda
  • Malam Bahagia
  • Mata Keranjang
  • Memikat Hati
  • Nasib Penyanyi
  • Pak Hitam
  • Renungan Di Senjakala
  • Rindu Kalbu
  • Siputih Kuning
  • Si Cantik Manis
  • Senyuman Yang Manis
  • Terimalah Salamku
  • Air mata Kasih
  • Puncak Bahagia (duet dengan Lena)(1953)
  • Tasek Madu (duet dengan Lena)(1950)
  • Penghidupan Baru (duet dengan Rubiah)(1951)

Penyanyi kepada lagu popular Dari Kerana Mata ini iaitu R. Azmi telah menjadi pujaan jutaan peminat dengan lagu-lagu dan lakonan filem-filemnya tetapi hakikatnya beliau berada di kamar dalam kesepian apabila nyawanya sudah sampai ke penghujung kerana beliau tiada waris anak dan keluarga untuk tangisi pemergiannya selain peminatnya sahaja yang berada disisinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here