Anak Batu Kurau Jelajah Solo Berbasikal Semenanjung Malaysia

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Beliau yang merupakan pendaki solo Malaysia dan pernah menawan 3 puncak Himalaya dalam tempoh sebulan pada 2015, kini telah memulakan ekspedisi berbasikal secara solo menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia. Pada kali ini, ekspedisi beliau bertemakan ‘Dari Masjid Ku Menjelajah 2017’ di mana beliau akan singgah di mana-mana masjid di sepanjang perjalanan.

    Pemilik nama Khairil Aslan Ab Rasid yang merupakan Ikon Belia Sukan Negeri Perak ini merupakan anak jati Batu Kurau, Taiping. Pada ekspedisi ini, beliau telah singgah di kampung halaman pada 21 April di Kampung Anak Kurau. Beliau telah memulakan ekspedisi kayuhan solo menjelajah Semenanjung Malaysia selama 30 hari bermula 16 April yang lalu.

    masjid batu kurau

    Ekspedisi ini sejauh kira-kira 2,700 kilometer bermula di Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor dan akan berakhir di masjid berkenaan pada 12 Mei depan. Jarak perjalanan yang dapat diliputi beliau dijangkakan 100km dalam masa sehari. Laluan kayuhan beliau di negeri Perak bermula pada hari kedua di Teluk Intan, Manjung dan Pulau Pangkor.

    masjid seri manjung

    Pada hari ketiga dan keempat, beliau telah menghabiskan laluan yang mencabar di sekitar Pulau Pangkor. Pada hari kelima, beliau keluar daripada Pulau Pangkor dan melalui Manjung, Segari dan Pantai Remis.

    masjid pantai remis

    Pada hari keenam, beliau melalui Pantai Remis, Trong, Taiping, Kamunting, Batu Kurau dan seterusnya singgah di Masjid Kampung Anak Kurau.

    masjid taiping

    Pada hari ketujuh, beliau telah berkayuh daripada Anak Kurau ke Semanggol, Bagan Serai, Parit Buntar dan seterusnya ke Pulau Pinang. Perjalanan beliau diteruskan ke negeri lain di utara untuk beberapa hari, sebelum kembali semula ke negeri Perak semalam. Beliau meneruskan kayuhan melalui Gerik, Tasik Banding, Royal Belom, Tasik Banding, Puncak Titiwangsa dan melalui sempadan Perak bagi meneruskan perjalanan ke Kelantan.

    masjid gerik

    Sepanjang ekspedisi ini, beliau tidak menginap di hotel, malah akan bermalam di mana-mana masjid untuk berehat sebelum memulakan kayuhan ke destinasi seterusnya. Ekspedisi ini adalah persiapan beliau untuk program Ekspedisi Solo Semenanjung Malaysia Berbasikal dan Mendaki yang akan dijalankan pada Jun 2017 nanti. Ekspedisi kali ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai untuk mendekatkan diri dengan masjid dan pada masa sama terbabit dalam aktiviti sukan lasak.

    Kami orangperak.com berharap semoga beliau dapat menamatkan kayuhan pada pertengahan Mei nanti dengan selamat, dan lebih ramai belia negeri Perak dapat mengikuti jejak langkah beliau.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.