Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita. Apa ingat di Terengganu sahaja ada batu bersurat?
Ramai yang telah cuba menjejak kembali Batu Bersurat Beruas yang sudah lama hilang ini. Pelbagai cerita tentang kewujudan batu ini dapat membuktikan kedatangan Islam ke Beruas seawal 1,000 tahun yang lalu ini pernah kecoh bersama penemuan sejumlah barangan dan harta lama pada tahun 1986 di kawasan di sekitar Beruas.
Adakah tertulis rahsia akhir zaman pada batu bersurat Beruas tersebut? Entah kenapa dan bagaimana batu bersurat Beruas boleh hilang begitu sahaja malah hal penemuan batu bersurat ini ada tertulis pada papan maklumat di muzium Beruas.
Menurut penduduk tempatan yang merupakan orang lama memberitahu bahawa ada beberapa pengkaji dari Kuala Lumpur telah datang dan mengambil batu bersurat tersebut dan entah kenapa tiada berita sehingga ke hari ini.
Benarkah mereka yang mengambil batu bersurat tersebut pengkaji atau penjual barangan purba untuk pasaran gelap? Bagaimana hal Batu Bersurat Beruas yang merupakan bahan bersejarah ini agak mudah untuk dilupakan? Apakah ada satu petunjuk yang tersirat yang sengaja disembunyikan?