OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:14:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Fakta

Ke Mana Hilangnya Batu Bersurat Di Beruas

12 Jan 2017 · 1 min baca · 20 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita.

Paling menarik di Beruas adalah tentang batu bersurat yang dikatakan pernah wujud di Beruas ini berbentuk piramid dan diliputi ayat-ayat Al-Quran. Ia dikatakan ditemui secara tidak sengaja 10 tahun sebelum cerita berkenaannya tersebar. Apabila mahu dicari kembali pada tahun 1986, ianya telah hilang tanpa khabar berita. Apa ingat di Terengganu sahaja ada batu bersurat?

Ramai yang telah cuba menjejak kembali Batu Bersurat Beruas yang sudah lama hilang ini. Pelbagai cerita tentang kewujudan batu ini dapat membuktikan kedatangan Islam ke Beruas seawal 1,000 tahun yang lalu ini pernah kecoh bersama penemuan sejumlah barangan dan harta lama pada tahun 1986 di kawasan di sekitar Beruas. Adakah tertulis rahsia akhir zaman pada batu bersurat Beruas tersebut? Entah kenapa dan bagaimana batu bersurat Beruas boleh hilang begitu sahaja malah hal penemuan batu bersurat ini ada tertulis pada papan maklumat di muzium Beruas.

batu bersurat beruas dijumpai

Menurut penduduk tempatan yang merupakan orang lama memberitahu bahawa ada beberapa pengkaji dari Kuala Lumpur telah datang dan mengambil batu bersurat tersebut dan entah kenapa tiada berita sehingga ke hari ini.

batu bersurat beruas hilang

Benarkah mereka yang mengambil batu bersurat tersebut pengkaji atau penjual barangan purba untuk pasaran gelap? Bagaimana hal Batu Bersurat Beruas yang merupakan bahan bersejarah ini agak mudah untuk dilupakan? Apakah ada satu petunjuk yang tersirat yang sengaja disembunyikan?

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.