● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:04
Isyak
20:13
Fakta

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

30 Aug 2017 · 1 min baca · 742 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Istiadat Tabal Jin adalah terma lama untuk Istiadat Tabal Pusaka dan terma tersebut sudah tidak digunakan lagi pada hari ini kerana digantikan dengan terma Istiadat Tabal Pusaka. Apakah yang anda faham tentang Istiadat Tabal Pusaka untuk seorang anak gahara apabila diangkat menjadi sultan negeri Perak? Teruskan membaca untuk ketahui penerangan ringkas.

Kebiasaannya, Istiadat Tabal Jin yang kini dikenali dengan nama Istiadat Tabal Pusaka ini berlangsung di dalam Balairong Seri dan di

Panca Persada

. Seperti yang diketahui, istiadat ini disempurnakan pada waktu sebelah malam dengan disaksikan oleh kerabat diraja yang rapat, orang besar-besar dan pemimpin-pemimpin negeri Perak.

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pada zaman dahulu istiadat ini dijalankan apabila zaman pemerintahan anak gahara yang diangkat menjadi sultan sedang aman dan sempurna pemerintahannya. Perkisahan untuk istiadat ini bermula dengan pawang diraja memuja perkakas kerajaan selama tujuh hari tujuh malam.

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Pada malam yang ketujuh iaitu acara kemuncak untuk istiadat ini, sultan bersama-sama dengan permaisuri negeri Perak akan dipersilakan untuk bersemayam di atas mercu

Panca Persada

dengan segala kelengkapan serta nobat dimainkan di hadapan

Panca Persada

.

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Pada zaman sekarang, upacara tersebut dijalankan cuma tiga hari tiga malam sahaja. Istiadat Tabal Jin iaitu acara kemuncak untuk istiadat ini dijalankan pada malam ketiga selepas pertabalan adat. Selepas siap upacara tersebut, baginda sultan pun berangkat turun dari istana lalu berarak sebanyak tujuh kali mengeilingi

Panca Persada

.

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Setelah genap tujuh kali keliling

Panca Persada

, kemudian dibawa naik pula ke

Panca Persada

lantas kemudian sultan dan permaisuri disiramkan. Setelah selesai, sultan dan permaisuri akan berarak balik ke istana dengan paulan nobat yang mengasyikkan.

Istiadat Tabal Jin Untuk Sultan Perak

Setelah sampai ke istana, sultan dan permaisuri pun akan bersalin pakaian lantas selepas itu akan berangkat ke Balairong Seri bersama paluan nobat diraja negeri Perak. Kemudian, bersemayamlah sultan bersama-sama dengan permaisuri negeri Perak di atas singgahsana.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.