Home Blog Berita Kisah Sedih, Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

Kisah Sedih, Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

0
Kisah Sedih, Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

Bertuah si suami ditakdirkan ada jodoh yang setia seperti Puan Saadiah Binti Abdullah. Walaupun si suami sudah lama meninggal dunia sejak tahun 1975, rindu isteri terhadap suaminya menyebabkan dia masih berulang-alik ke tempat kerja suaminya yang tercinta dengan mengayuh basikal sejauh 5 kilometer setiap hari.

Ramai yang sudah sedia maklum akan hal ini dan ingin kami sampaikan lagi buat pembaca setia orangperak.com berkenaan dengan kisah Puan Saadiah Binti Abdullah.

Disebalik senyuman Puan Saadiah Binti Abdullah tersirat rasa rindu dan kasih akan arwah suaminya yang terkorban disebabkan angkara oleh pengganas komunis.

Puan Saadiah

Tragedi yang menimpa arwah suami Puan Saadiah Binti Abdullah tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh ahli keluarga dan penduduk setempat. Namun, takdir telah ditetapkan dan apa yang telah berlaku tidak mungkin akan dapat dikembalikan seperti sediakala.

Puan Saadiah Binti Abdullah bukanlah tidak boleh menerima hakikat akan hal terkorbannya suaminya yang tercinta itu, beliau reda dan akur akan pemergian suaminya yang tercinta. Baginya, inilah cara untuk beliau mengingati suaminya setiap hari dengan menghantar makanan ke tempat kerja suaminya.

Suami kepada Puan Saadiah Binti Abdullah sebenarnya adalah merupakan seorang anggota polis di Gerik dan bernama Alias Nik Daud. Beliau seorang anggota polis yang berperanan sebagai seorang “boatman” yang mana pada ketika itu Alias Nik Daud dan pasukannya perlu menghantar barangan keperluan harian ke dalam hutan untuk kegunaan harian pejuang negara.

Puan Saadiah

Pada 28 Ogos 1975, Alias Nik Daud bersama-sama dengan rakan seperjuangannya ditugaskan untuk menghantar bekalan makanan kepada Pasukan Komando 69 di Pos Kawalan Temengor. Malangnya pada hari tersebut, mereka sepasukan telah diserang hendap oleh pengganas komunis yang kejam.

Tujuan pengganas komunis lakukan serangan hendap tersebut boleh dibaca dan ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk memutuskan bekalan makanan pejuang negara.

Puan Saadiah

Sedikit pesanan buat pembaca setia orangperak.com, janganlah sesekali kita yang hidup bersenang-lenang pada hari ini lupa akan kekejaman pengganas komunis pada zaman dahulu dan amat wajar untuk kita sentiasa mengenang jasa pewira-mewira negara yang bersusah payah mempertahankan negara kita yang tercinta.

Puan Saadiah

Apa yang berlaku dalam serangan hendap itu amat kejam. Dari penceritaan lisan yang didapati dari penduduk setempat ada menyatakan bahawa kesemua anggota polis yang diserang hendap oleh pengganas komunis itu telah diseksa sehingga meninggal dunia.

Apa yang menyedihkan lagi adalah ada diantara mereka dikorbankan dengan dikelar-kelar anggota badan dan dipotong kemaluan serta mayat mereka diikat pada bot dan diseret-seret.

Walaupun peristiwa hitam itu telah berpuluh-puluh tahun lamanya berlalu dan menyebabkan Puan Saadiah Binti Abdullah telah kehilangan suaminya dalam serangan hendap tersebut buat selama-lamanya, beliau tetap terus hantarkan bekalan makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Puan Saadiah Binti Abdullah dikatakan akan kayuh basikalnya hampir setiap hari kecuali pada hari beliau tidak sihat untuk hantarkan makanan yang bukan disiapkan untuk suaminya, tetapi kepada sesiapa sahaja anggota polis yang bertugas di Ibu Pekabat Polis Daerah Gerik.

Puan Saadiah

Kisah Puan Saadiah Binti Abdullah bukan sahaja mendapat perhatian penduduk setempat, tetapi mereka yang berada di sekitar Hulu Perak juga tahu akan kisah Puan Saadiah Binti Abdullah yang kayuh basikal ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik sejak 1975. Puan Saadiah Binti Abdullah telah memberi inspirasi kepada anak muda sebagai sorang isteri yang setia.

Puan Saadiah

Ada maklumat yang menyatakan bahawa, anak cucu Puan Saadiah Binti Abdullah telah meneruskan legasi beliau dengan membawa bekalan makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik setelah Puan Saadiah Binti Abdullah cedera terseliuh akibat dari terjatuh ketika kayuh basikal membawa makanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik.

Kisah Sedih, Isteri Setia Berbasikal Setiap Hari Ke IPD Gerik

Syahdu petikan puisi berkenaan kisah Puan Saadiah Binti Abdullah yang dipetik dari buku Selembar Demi Selembar yang dikarang oleh Razali Mohd Yussof. Kisah kesetiaan dan kasih seorang isteri ini wajar didendangkan kepada anak muda zaman sekarang untuk dijadikan contoh yang baik sebagai ikutan.

Maklumat terkini, Puan Saadiah Binti Abdullah telah meninggal dunia pada jam 12.40PM pada tarikh 4 September 2021 di Hospital Gerik kerana sakit tua. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here